Trent Alexander-Arnold umum keluar Liverpool. Pemain itu mengesahkan bahawa beliau akan meninggalkan Liverpool pada penghujung musim 2024/2025 selepas 20 tahun bersama kelab tersebut.
Pemain antarabangsa England berusia 26 tahun ini dijangka menyertai Real Madrid secara percuma selepas kontraknya tamat pada 30 Jun 2025.
Trent Alexander-Arnold menyatakan bahawa keputusan ini adalah yang paling sukar dalam hidupnya, namun beliau ingin mencari cabaran baharu dan keluar dari zon selesa untuk terus berkembang sebagai pemain bola sepak.
Beliau juga pernah menyatakan hasrat untuk mencapai anugerah individu seperti Ballon d’Or, yang dia rasa dirinya akan lebih berpeluang dicapai dengan bermain di luar England .
Sepanjang kariernya bersama Liverpool, Trent Alexander-Arnold telah membuat 352 penampilan dan menjaringkan 23 gol.

Beliau turut membantu kelab memenangi pelbagai trofi termasuk dua gelaran Liga Perdana Inggeris, satu Liga Juara-Juara Eropah, Piala Dunia Kelab, Piala FA, dan dua Piala Liga .
Trent keluar Liverpool secara percuma
Walaupun perpindahan ini adalah secara percuma, terdapat kemungkinan Liverpool akan menerima bayaran pampasan jika Real Madrid ingin mendaftarkan Alexander-Arnold untuk Piala Dunia Kelab yang bermula pada 18 Jun, sebelum kontraknya secara rasmi tamat.
Liverpool dikatakan menuntut sekitar €1 juta, manakala Real Madrid menawarkan sekitar £500,000 sahaja.
Liverpool telah menyatakan penghargaan mereka terhadap sumbangan besar Alexander-Arnold sepanjang dua dekad bersama kelab dan mengesahkan bahawa kontraknya akan berakhir pada 30 Jun 2025.
Trent keluar Liverpool dengan rekod yang sangat luar biasa.
“I want to say it’s not an easy decision and there’s a lot of thought and feeling that has gone into it. I’ve been here 20 years now, loved every single minute of it, achieved all my dreams, achieved everything I’ve ever wanted to here.”
Trent Alexander-Arnold’s interview ⤵️
— Liverpool FC (@LFC) May 5, 2025
Trent Alexander Arnold akui dia sangat faham jika peminat kecewa dan marah dengan keputusannya keluar Liverpool.
Trent Alexander Arnold sudah lama menjadi sasaran Real Madrid terutama sekali untuk menjadi pengganti secara langsung kepada Dani Carvajal.