Pentadbiran Donald Trump menyatakan bahawa Washington sedang mempertimbangkan untuk meminta negara-negara Arab membantu menanggung kos perang Amerika Syarikat terhadap Iran.

Menurut jurucakap Rumah Putih, idea tersebut masih dalam peringkat pertimbangan, namun ia menunjukkan bahawa kerajaan AS sedang mencari cara untuk mengurangkan beban kewangan konflik yang semakin memuncak.

Baru baru ini seorang senator di A$ mendedahkan bahawa kos yang ditanggung oleh AS ketika pernah di Iran adalah USD2 billion sehari.

Di Amerika syarikat semakin ramai rakyat menyatakan kemarahan mereka kerana duit cukai mereka digunakan untuk perkara yang tidak bermanfaat kepada negara.

Trump sebelum ini melancarkan serangan kilat ke atas Venezuela untuk menangkap presiden mereka dan kemudian mengarahkan negara itu menanggung kos operasi tersebut.

Kini Trump mahu negara negara Arab untuk menampung sebahagian kos perang di Iran. Ini kerana menurut Trump operasi itu adalah untuk keamanan dan jaminan keselamatan rantau Arab.

Hal ini kerana AS menuduh Iran membangunkan nuklear yang boleh mengancam keselamatan di rantau Arab dan Timur Tengah, terutama sekali Tel Aviv.

Cadangan meminta negara Arab untuk bersama sama mengeluarkan dana untuk menampung kos operasi di Iran itu benar benar mendapat bantahan daripada ramai pihak di Arab.