Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengeluarkan amaran keras terhadap Colombia susulan tindakan Washington menculik Presiden Venezuela, Nicolas Maduro.
Kenyataan Trump di atas pesawat Air Force One mencetuskan kebimbangan baharu bahawa AS bersedia mempertimbangkan campur tangan ketenteraan lanjut di Amerika Latin, walaupun menerima kecaman antarabangsa.
Trump secara terbuka mengkritik Presiden Colombia, Gustavo Petro, dengan mendakwa kerajaan di Bogota dikendalikan oleh individu yang “sakit” dan mengaitkannya dengan pengeluaran serta pengedaran dadah ke AS.
Trump bengang kerana Presiden Colombia mengkritiknya di atas serangan ke atas Venezuela yang dianggap melanggar undang undang antarabangsa.
Namun Trump memberikan amaran kepada Petro agar tidak masuk campur urusan mereka. Kerana Colombia pun sedang berada di dalam radar Amerika Syarikat.
Trump kemudian menganggap Amerika Syarikati dikelilingi oleh jiran jiran yang gila atau bermasalah.
“Colombia dan Venezuela benar benar sakit. Kerajaan di Bogota sedang dipimpin oleh orang gila yang membuat dadah dan jual [secara haram] di Amerika Syarikat.
Ketika wartawan membayangkan, adakah AS mungkin akan mengambil pendekatan sama ke atas Colombia. Wartawan bertanya: “Jadi kamu cuba beritahu akan ada operasi Colombia oleh AS?”
Trump menyindir: “[Operasi Colombia], kedengaran menarik pada pandangan saya.”
PRESIDENT TRUMP JUST NOW:
Trump: "Colombia is run by a sick man, he's not going to be doing it for very long."
Reporter: "So there will be an operation by the US in Colombia?"
Trump: "Sounds good to me." pic.twitter.com/66fQM7cEIY
— The Kobeissi Letter (@KobeissiLetter) January 5, 2026