Donald Trump sekali lagi menyibuk dan campur tangan dalam urusan pentadbiran negara Iran. Terbaru dia membantah pelantikan Mojtaba Khamenei – anak kepada Ayatollah Khameni – sebagai pemimpin tertinggi yang baharu negara itu.

Tentera Iran dan ketua parti politik Iran sebulat suara menyokong Mojtaba menggantikan ayahnya.

Namun Donald Trump membantah keputusan itu. Presiden Amerika Syarikat itu mengatakan Iran telah “melakukan kesilapan besar” dengan memilih Mojtaba Khamenei sebagai Pemimpin Tertinggi baharu selepas bapanya, Ali Khamenei, yang terkorban dalam serangan AS-Israel.

“Saya rasa mereka membuat kesilapan besar,” kata Donald Trump kepada NBC News mengenai pemilihan Mojtaba Khamenei – menurut laporan Al Jazeera.

Beberapa hari lalu Trump menyatakan bahawa pemilihan pemimpin tertinggi baharu Iran haruslah mendapat kebenaran dan kelulusan daripada Washington dan Tel Aviv.

“Pemimpin baharu Iran harus mendapatkan persetujuan daripada kami, jika tidak, kepimpinannya tidak akan bertahan lama,” kata Trump.

Tetapi Iran jelas tidak peduli dengan tekanan dibuat oleh Trump itu.

Trump benar benar kecewa dengan pemilihan Mojtaba walaupun dia menafikan dia sedikit ‘goyang’ dengan pengaruh anak Khamenei itu.

Kerana Mojtaba akan meneruskan legasi ayahnya sebagai pemimpu tertinggi di Iran.

Penganalisis mengatakan Mojtaba jauh lebih tegas (hardline) berbanding ayahnya.

Dia mempunyai hubungan rapat dengan Islamic Revolutionary Guard Corps (Pengawal Revolusi Iran).

Selama bertahun-tahun beroperasi sebagai “pemimpin tertinggi mini” atau “bayangan” yang bekerja di belakang tabir pentadbiran Ayatollah Khamenei.

Dia juga mempunyai banyak dendam yang membuak buak selepas kehilangan separuh daripada ahli keluarganya kerana Trump dan Netanyahu,

Ini juga merupakan pemindahan kuasa secara keturunan pertama di Iran sejak Iranian Revolution.

Trump kemudian menyifatkan anak kepada Ayatollah Ali Khamenei itu sebagai “tokoh kerdil” yang tidak berpengaruh. Ketika media memberikan dia amaran tentang siapakan Mojtaba.

Trump turut berkata masih terlalu awal untuk bercakap tentang merampas minyak Iran, namun dia tidak menolak kemungkinan itu.