China kurangkan kemasukan filem Hollywood ke negara itu selepas ini sebagai respon kepada tarif tidak masuk akal Trump ke atas negara tersebut.
Ianya tekanan terbaru dihadapi AS selepas kesatuan EU mengecam tindakan AS dan sedia untuk bertindak balas kepada mereka.
Trump u-turn segera
Kini Trump dikatakan mulai membuat u turn termasuk ke atas China.
Selepas berapi api cakap tak akan mengalah, Donald Trump tiba tiba membuat pusingan U dalam perlaksanaan tarif ke atas negara lain.
Trump kini menyatakan bahawa AS sedia berunding dengan semua negara dan menunda sementara perlaksanaan tarif tersebut ini termasuk China.
AS juga memberikan pengecualian kepada beberapa aktiviti perdagangan. Ini termasuk melibatkan elektronik terutama sekali komputer dan telefon pintar.
#Trump's latest U-turn on #tariffs – exempting a range of electronic goods and components – is yet another example of the total incoherence of the grand plan.
In short, Trump is saying it's fine to import high-tech goods, but wants to reshore all the low-cost manufacturing… 🤷♂️ pic.twitter.com/ofyNJCIBeM
— Julian Jessop (@julianHjessop) April 12, 2025
China antara negara paling banyak mengeksport barangan elektronik ke AS. Dan China kini bakal mendapat pengecualian yang besar untuk produk berkaitan.
As much as 35% of goods (in value) from China to the US are now exempt from Trump's tariffs.
This tariff exemptions disproportionally benefits the big tech companies like Apple.
While tariffs on other goods will punish the low income Americans.
Especially small and medium… pic.twitter.com/c1agkssQIa— Zhao DaShuai 东北进修🇨🇳 (@zhao_dashuai) April 12, 2025
China kekal pendirian kenakan tarif tinggi ke atas AS
Presiden China Xi Jinping sudah memberikan respon balas dengan tarif terbaru ke atas AS adalah 125%. China juga sedia untuk mengenakan tekanan kepada firma dari AS yang berpangkalan di China.
Beberapa mingg lalu AS mengutuk langkah kerajaan China dan meremehkan negara itu sebagai negara lambakan stok dan mustahil untuk mereka melaksanakan langkah tersebut.
Washington turut mengecam China sebagai cuba mempengaruhi beberapa negara lain untuk menentang tarif yang dikenakan AS.
Dan Washington percaya China akan kalah dalam perang perdagangan.
China tak takut
Namun begitu, China yakin mereka boleh hidup tanpa produk dari AS. Dengan negara itu sudah mulai mengimport barangan daripada negara lain menggantikan import dari AS. Antaranya, kacang soya kini diimport dari Brazil.
China Kurangkan kemasukan filem Hollywood
Kemudian China mengumumkan pada Khamis, bahawa mereka akan kurangkan kemasukan filem dari AS yang masuk ke negara itu. Ini melibatkan kawalan tayangan di pawagam dan platform penstriman atas talian.
Pengumuman langkah China kurangkan kemasukan filem Hollywood itu dibuat hanya beberapa hari selepas Trump memberikan pengecualian kepada produk elektronik termasuk dari negara tersebut.
China malah sedia untuk menyekat filem filem Hollywood di negara mereka selepas ini.
AS tunggu China berunding
Donald Trump kini dikatakan mulai gelabah dan menunggu China untuk menghubunginya dan berunding setelah dia sendiri menyatakan bahawa tak akan berganjak dengan pelaksanaan tarif levi ke atas China dan negara lain.
AS dikatakan agak kecewa kerana sehingga sekarang tiada seorang pun wakil kerajaan China menghubungi mereka.
“China tak nak berunding atau bercakap dengan AS, seperti mereka sudah memiliki ‘senjata’ lebih baik daripada AS dalam perang ini,” kata pakar ekonomi AS, Derek Scissors.
Bursa dangangan saham Wall Street juga berdepan dengan masalah pada ketika ini. Beberapa saham utama di Wall Street berdepan pasaran tidak menentu sejak pengumuman Trump tentang tarif.