Perang antara Amerika Syarikat dan Iran kini bukan sahaja mencetuskan ketegangan geopolitik, malah turut menimbulkan persoalan besar terhadap kredibiliti kenyataan pemimpin tertinggi negara kuasa besar itu sendiri.
Terbaharu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menerima kritikan hebat selepas mendakwa Iran mungkin memiliki peluru berpandu Tomahawk — senjata yang dipercayai digunakan dalam serangan yang memusnahkan sebuah sekolah perempuan di selatan Iran.
Masalahnya? Pakar senjata mengatakan kenyataan itu hampir mustahil. Kerana Iran tidak ada misil Tomahawk.
Sebelum ini Trump menuduh Tomahawk digunakan Iran tersilap sasaran dan membedil kawasan sekolah mereka sendiri.
Insiden yang berlaku pada 28 Februari lalu dilaporkan memusnahkan sebuah sekolah perempuan di Minab, Iran. Media Iran menyatakan serangan itu mengorbankan kira-kira 175 orang, kebanyakannya pelajar perempuan.
Analisis ooeh penyiasat bebas menunjukkan bahawa serangan tersebut adalah peluru berpandu Tomahawk, sejenis peluru berpandu kruis jarak jauh yang biasanya dilancarkan dari kapal atau kapal selam. Ianya berdasarkan kesan hentaman dan impaknya.
Namun apabila wartawan bertanya sama ada Amerika Syarikat bertanggungjawab, Trump memberi jawapan yang mengejutkan.
Trump mendakwa bahawa Iran juga mungkin mempunyai Tomahawk, malah menyifatkan senjata itu sebagai sesuatu yang “digunakan oleh banyak negara”.
Tindakan seorang wartawan mengingatkan Trump bahawa Iran tak ada peluru Tomahawk. Wartawan tersebut menganggap hanya negara kaya seperti AS sahaja ada peluru berpandu itu.
Selain AS, negara lain yang ada tomahawk adalah United Kingdom, Australia, Jepun dan Belanda.
@davidpakmanshow Trump pushed strange Iran theory, admits he knows nothing
Pakar keselamatan nuklear, Jeffrey Lewis, menjelaskan bahawa Iran memang memiliki pelbagai jenis peluru berpandu kruis sendiri, tetapi bukan Tomahawk.
Di hadapan wartawan Trump tanpa rasa bertanggungjawab telah menutup malu di atas fitnah ke atas Iran dengan berkata: “Saya cuma cakap sahaja tentang itu [Iran pakai Tomahawk], sebab saya pun tidak tahu.
“Mereka kata Iran tengah disiasat [kalau mereka ada Tomahawk].”
Lebih teruk, Trump mengakui AS pengeluar Tomahawk dan dia ada maklumat tentang negara negara lain yang membelinya. Sedangkan Iran tidak ada sebarang hubungan diplomasi dengan AS sejak 1980 lagi.
Dan AS tidak pernah membenarkan Iran memiliki senjata seperti tomahawk.
Dia menambah: “Bukan sahaja AS, negara lain pun pakai tomahawk, mereka membelinnya dari kami. Tapi apa sahaja laporan yang dibuat saya akan menerimanya.”