Presiden Donald Trump sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mengumumkan cadangan tarif 50% ke atas mana-mana negara yang menyokong Iran dengan membekalkan senjata kepada negara itu.

Pengumuman itu dibuat melalui platform Truth Social, hanya beberapa jam selepas beliau bersetuju dengan gencatan senjata selama dua minggu bersama Tehran.

Walaupun tidak menyebut nama nama negara itu dengan spesifik, namun pakar percaya ianya ditujukan kepada China dan Rusia.

Ini kerana 2 negara tersebut seringkali dikaikan dengan bantuan teknologi ketenteraan kepada Iran.

Seterusnya beberapa bulan lalu, AS sendiri mengesyaki bahawa perisikan Rusia telah membantu Iran dalam serangan mereka di Tel Aviv.

Buat masa ini, Rusia dan China menafikan sebarang penghantaran senjata ketika perang berlaku.

Trump berkata: “Mana-mana negara yang membekalkan senjata kepada Iran akan dikenakan tarif 50% ke atas semua barangan yang dijual ke Amerika Syarikat, berkuat kuasa serta-merta. Tiada pengecualian.”

Menurut Al Jazeera, walaupun kenyataan itu kedengaran tegas, pelaksanaannya tidak semudah yang disangka.

Sebelum ini, Supreme Court of the United States telah membatalkan penggunaan undang-undang International Emergency Economic Powers Act (IEEPA) oleh Trump untuk mengenakan tarif global.

Keputusan itu juga menyebabkan mahkamah lebih rendah mengarahkan bayaran balik sekitar $166 bilion kutipan tarif. Yang secara tak langsung memalukan pentadbiran Trump sendiri.

Pakar memberi amaran bahawa tarif 50% ini boleh memberi kesan besar kepada ekonomi Amerika sendiri. Di mana harga import akan melonjak

Beban meningkat kepada pengguna dan syarikat AS yang turut menjejaskan hubungan perdagangan antara AS dengan China.

Lebih menarik, langkah ini juga dilihat bercanggah dengan perancangan Trump untuk bertemu Presiden Xi Jinping dalam masa terdekat.

Lantas ramai menganggap ini mungkin sekadar ancaman kosong seorang ahli politik. Mereka menanggap Trump sudah gila.