Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mencetuskan perhatian selepas berjanji untuk memberikan bayaran sekurang-kurangnya AS$5,000 (RM20,300) kepada rakyat Amerika yang layak sekiranya Parti Republikan berjaya mengekalkan penguasaan di Kongres.
Trump menyifatkan bayaran tersebut sebagai “Trump dividend” dan mencadangkan ia dibiayai menggunakan hasil daripada tarif yang dikenakan terhadap barangan import.
Jika bayaran AS$5,000 (RM20,300) diberikan kepada sekitar 250 juta orang dewasa di Amerika Syarikat, jumlah keseluruhan yang diperlukan boleh mencecah kira-kira AS$1.25 trilion (RM5.1 trilion).
Namun, cadangan itu masih belum mempunyai mekanisme pelaksanaan yang jelas. Ramai berpendapat ini satu lagi janji manis kosong Trump sempena pilihanraya.
Tetapi, Naib Presiden Amerika Syarikat, JD Vance menyatakan bahawa perlaksanaannya kali ini adalah pasti. Hal ini kerana pihak mereka sudah menemui formula untuk melakukannya.
Vance mencadangkan hasil tarif boleh digunakan untuk membiayai bayaran kepada rakyat.
Bagaimanapun, jumlah hasil tarif yang dikutip kerajaan Amerika Syarikat masih jauh lebih rendah berbanding kos yang diperlukan untuk membayar dividen tersebut.
Kerajaan AS dilaporkan mengutip sekitar AS$167 bilion (RM678 bilion) hasil tarif dalam tahun fiskal semasa setakat ini.
Ini bermakna jumlah kutipan tarif tersebut hanya sebahagian kecil daripada anggaran kos AS$1.25 trilion (RM5.1 trilion) jika bayaran AS$5,000 (RM20,300) diberikan kepada kira-kira 250 juta orang dewasa.
Cadangan Trump itu juga memerlukan kelulusan Kongres dan tidak boleh dilaksanakan oleh Presiden secara bersendirian.
Perkara tersebut dijangka mencetuskan perdebatan mengenai kesannya terhadap defisit kerajaan, hutang negara, inflasi dan pasaran kewangan Amerika Syarikat.
Trump sebelum ini pernah mencadangkan bayaran “tariff dividend” sebanyak AS$2,000 (RM8,120) kepada rakyat Amerika, namun rancangan itu tidak dilaksanakan.
Itu yang membuatkan ramai yang marah seolah olah ditipu oleh Trump.
Untuk cadangan terbaru ini, Trump mengaitkan pelaksanaannya dengan keputusan pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat dan penguasaan Republikan di Kongres.
Jadi, untuk mendapatkan saguhati tersebut, rakyat AS kena pastikan Republikan kekal diberikan mandat untuk berkuasa.
Dan dia berjanji kali ini bukan sekadar manifesto.