Donaldo Trump mengumumkan bahawa kos ketenteraan yang digunakan oleh kerajaan AS secara tidak langsung akan dibayar oleh Venezuela.

Trump dan AS melancarkan operasi skala kecil ke atas Venezuela untuk menangkap presiden dan isteri presiden negara itu atas tuduhan keganasan narkotik atau narco-terrorism.

Donald Trump menyerang Venezuela kerana gabungan kepentingan geopolitik, ekonomi dan politik dalaman AS.

Beliau menuduh kerajaan Nicolás Maduro sebagai rejim gagal yang terlibat dengan rasuah, dadah dan ancaman keselamatan serantau, dan mahu membutkikan bahawa Amerika Syarikat tegas dalam isu tersebut.

Pada masa sama, Venezuela memiliki rizab minyak terbesar dunia, menjadikannya sasaran strategik ekonomi.

Tindakan ini juga dilihat sebagai usaha Trump mengukuhkan sokongan politik domestik dengan menampilkan dirinya sebagai pemimpin yang berani bertindak, walaupun langkah tersebut mencetuskan kritikan antarabangsa kerana melanggar kedaulatan dan undang-undang antarabangsa.

Seterusnya, ramai rakyat AS mempersoalkan tindakan Trump yang dianggap membazirkan wang pembayar cukai, yakni rakyat Amerika Syarikat sendiri.

Namun Trump telah meredakan meredakan kebimbangan dengan menyatakan bahawa operasi tersebut tidak akan membebankan rakyat AS.

Beliau mendakwa syarikat minyak Amerika akan melabur besar di Venezuela selepas operasi itu, dan hasil minyak dari negara Venezuela tersebut akan membantu membiayai pembangunan semula.

Namun, realitinya syarikat minyak tidak membayar kos ketenteraan secara langsung. Pelaburan minyak hanyalah strategi ekonomi jangka panjang, bukan sumber dana rasmi untuk operasi ketenteraan yang sedang berlangsung.

Setakat ini, tiada angka kos rasmi diumumkan, tetapi berdasarkan pengalaman operasi ketenteraan AS sebelum ini, jumlahnya berkemungkinan mencecah berbilion dolar.

Serangan ini terus mencetuskan perdebatan — bukan sahaja tentang wang, tetapi juga soal kedaulatan, undang-undang antarabangsa dan kepentingan geopolitik global.

Walaupun Trump yakin bahawa serangan ini akan membuka lembaran baharu dalam pelaburan minyak yang akan menguntungkan Amerika Syarikat, namun hakikatnya memang wang pembayar cukailah yang menanggung kos awal itu.