Donald Trump mencetuskan gelombang sindiran netizen pada hari Khamis apabila beliau mengisytiharkan semasa mesyuarat Kabinet: “Saya tidak mahu orang bodoh menjadi presiden.”

Kenyataan itu dibuat ketika beliau melancarkan serangan panjang terhadap musuh politiknya daripada parti Demokrat, yang dilabelnya sebagai “parti gila” yang “akan memusnahkan negara kita.”

Trump menyasarkan Gabenor California itu, yang merupakan calon berpotensi presiden Demokrat bagi 2028, dan yang pernah bercakap secara terbuka tentang dia bekas pengidap disleksia — satu perbezaan pembelajaran berasaskan otak yang menjejaskan pembacaan dan pemprosesan bahasa.

Trump malah memuji dirinya sendiri sebagai presiden paling bijak kerana mengambil ujian kognitif khas untuk membuktikan dia bijak.

“Saya rasa dia sudah menyingkirkan dirinya daripada pencalonan apabila dia mengatakan dia mengalami kecacatan mental,” kata Trump, sambil merujuk Newsom dengan gelaran menghina “Newscum.”

“Seorang wartawan kata adalah teruk saya bercakap begitu tentang seseorang dengan kecacatan mental,” tambahnya, sebelum memanggil Newsom “sebenarnya seorang yang sangat bodoh.”

“Saya tidak mahu orang bodoh menjadi presiden,” sambung Trump, kemudian membanggakan dirinya lulus beberapa ujian kognitif — yang didakwanya membuktikan dia bijak, walaupun ujian tersebut sebenarnya direka untuk mengesan kemerosotan kognitif, bukan mengukur tahap kecerdasan.

Netizen malah menyindir kembali Trump yang menyatakan bahawa dia tak mahu AS ditadbir Presiden bodoh.

Ada yang menganggap Trump nampaknya benar benar tidak sedar diri.

“Sudah terlambat,” tulis seorang netizen yang merujuk kepada Trump adalah presiden yang dimaksudkan.

Yang lain berkata: “Ada sesiapa boleh tolong beritahu dia?”