Pengilang dakwa syarikat tudung Fazura tidak bayar hutang mencecah RM4.65 juta. Pengilang tersebut, Feline Malaysia yang dimiliki Obor Holding Sdn Bhd, memberitahu Buzzkini bahawa mereka sudah membekalkan tudung kepada syarikat Pink Fate Sdn Bhd milik Fazura.
Dengan kos tudung yang dibekalkan kepada Pink Fate bernilai RM7,330,197.04. Bekalan tudung diterima syarikat Fazura itu sejak Jun 2022.
Syarikat Tudung Fazura bermasalah bayar hutang
Semua transaksi yang dituntut oleh Obor Holding adalah melibatkan urusniaga ketika Fazura masih bergelar pengarah Pink Fate sebelum dia melepaskan jawatan itu pada Januari 2025.
Namun begitu, Faiz (abang Fazura) mengekalkan kedudukannya sebagai pengarah syarikat itu.
Malangnya, Feline Malaysia hanya menerima RM2,680,167.90 daripada syarikat Fazura – daripada jumlah keseluruhan lebih RM7.3 juta.
Laporan yang sama mendedahkan bahawa Obor Holding berdepan kesulitan untuk mengutip bayaran sejak Disember 2023.
Akhirnya mereka memutuskan untuk menggunakan tuntutan di mahkamah. Buzzkini menegaskan bahawa, Fazura dan abangnya, Ahmad Faiz Sharifuddin turut dinamakan sebagai defendan selain daripada syarikat Pink Fate dan Fazfit Sdn. Bhd.
Obor Holding menuntut hutang bernilai RM4.65 juta. Angka ini termasu lima lagi tempahan tambahan yang dilakukan pada Jun dan September 2024 berjumlah RM3.6 juta, walaupun ‘Tudung Fazura’ belum menjelaskan tunggakan sedia ada pada waktu itu.
Namun Faiz meyakinkan Obor Holding untuk terus membekalkan mereka tudung kerana pesanan tambahan tersebut ditempah oleh Kementerian Pendidikan bagi inisiatif Koleksi Merdeka sempena Kemederkaan ke-67.
Faiz dan Fazura memberitahu Obor Holding bahawa syarikat mereka sedang menerima bayaran daripada kerajaan untuk projek yang terdahulu.
Seterusnya, mereka juga berjaya meyakinkan Obor Holding dengan adanya rakan kongsi bersama yang memiliki reputasi sangat tinggi seperti Boh Plantations Sdn Bhd (BOH), Hotel Movenpick dan Institut Kanser Negara (IKN).
Ternyata Obor Holding menyesal kerana meneruskan kerjasama tersebut, kerana ternyata syarikat milik Fazura itu terus culas membayar hutang mereka.
Lebih mengecewakan apabila Faiz dilaporkan memberikan cek tendang bernilai RM1 juta kepada Obor Holding.