Ahli arkeologi berjaya merungkai rahsia tugu peringatan perang berusia 4,300 tahun di laman Tell Bahat. Difahamkan tugu tersebut bukan sahaja dibina menggunakan bahan semula jadi, tetapi didalamnya juga terisi dengan 30 mayat tentera Syria yang meninggal dunia semasa berperang.

Memetik laporan Live Sciene, Anne Porter, seorang profesor Peradaban Timur Tengah Kuno di University of Toronto, mengatakan bahawa mayat tersebut ditanam di sana adalah sebagai tanda orang pada zaman dahulu menunjukkan hormat kepada mereka yang telah mati di dalam pertempuran dahulu. Tambahnya lagi, tugu tersebut besar dan boleh dilihat dari jarak jauh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Live Sciene

Tugu peringatan ini seperti piramid tangga Djoser di Mesir. Tetapi yang membezakannya ialah monumen itu terbuat dari tanah dan gipsum, bukan batu, kata para ahli dalam sebuah kajian yang diterbitkan pada 28 Mei di jurnal Antiquity. Mereka yang tinggal di kawasan ini menyebut gundukan itu sebagai “monumen putih” kerana ia terbuat dari gipsum dan menyebabkan tugu itu berkilau di bawah sinar matahari.

Para penyelidik melihat bahawa mayat itu dikuburkan dengan teliti. “Tulang itu mungkin berasal dari medan perang lama, atau dari kubur. Bagaimanapun, tulang dipilih dengan hati-hati, disusun dan akhirnya dimonumulasikan, lama setelah mati,” tulis para arkeologi.

Kawasan ini digali antara tahun 1988 dan 1999 oleh pasukan yang diketuai oleh Porter dan Thomas McClelland, yang merupakan ahli arkeologi pada masa itu dengan Projek Penyelamatan Euphrates. Mereka melakukan penggalian sebelum lokasi tersebut dibanjiri dengan pembinaan Empangan Tishreen.

Pernahkah anda melihat menara yang dibina dengan tengkorak manusia? Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Penemuan Paling Mengejutkan, Misteri Menara Yang Dibina Dengan Tengkorak Manusia

Ilmuwan Rasa Seram Sejuk Selepas Jumpa Tongkat Ular Milik Bomoh Berusia 4,400 Tahun Lalu

Kitab Codex Gigas, Naskhah Kuno Penuh Misteri Yang Ditulis Oleh Iblis Pada Abad Ke-13

Sumber