Tukar kad bank.

In case kalau ada yang masih tak ketahuan punca bila tengok orang dok hingaq pasal nak kena tukar kad bank, meh sini nak kongsi dengan hangpa apa bendanya.

Guna PIN

Macam ni. Kita sekarang dah tak nak pakai bayaran yang signature-based. Sebagai ganti, kita akan guna PIN (6 digit).

Sebab tu bank suruh tukar kad-kad yang kita ada. Tak kisahlah kad debit ke, kad kredit ke, kad caj ke, semua kena tukar. Kalau perasan, sekarang ni merata-rata ada kempen “PIN & PAY” ni.

Kenapa kena tukar?

Sebab utama adalah untuk tingkatkan keselamatan. Diorang nak kita pakai cip baru kat kad.

Lebih canggih dan selamat daripada cip yang ada sekarang. Dan bukan bank-bank Malaysia saja yang buat penukaran ni. Di luar negara dah diguna pakai agak lama juga.

Kenapa taknak pakai signature dah?

Sebab, kalau kita perasan, kebanyakan juruwang tak sahkan pun tanda tangan kita masa kita bayar pakai kad. Buat muka confident sikit, tenyeh-tenyeh, bila dapat kat dia balik terus dia senyum cakap terima kasih.

Kalau isi minyak, langsung tak ada pengesahan. Swipe, terus boleh pam.

Bahaya,kan? Jadi, untuk elakkan orang lain senang-senang guna kad kita, BNM wajibkan mulai Januari 2017, kena pakai sistem PIN.

Maknanya lepas ni, tak payah tanda tangan. Kita masukkan kad sendiri, kita tekan PIN sendiri. Malah juruwang pun tak boleh tengok apa yang kita tekan.

Timeline

Sebenarnya dari awal tahun lagi bank-bank dah mula promosi sikit-sikit. Dah mula create awareness. Dan dua tiga bulan kebelakangan ni memang boleh kata semua bank dah mula agresif dalam berkempen.

Tapi biasalah kita ni. Memang suka last-last minit macam ni baru nak kelam-kabut, kan? Hehe.

Justeru, siapa yang masih belum tukar lagi, silalah tukar secepat yang mungkin. Hari ni dah 16/12/2016 dah. Tinggal lagi setengah bulan je sebelum PIN & PAY ni start.

Kalau tak tukar jadi macamana?

Sebenarnya kad tu masih boleh digunakan lagi. Dan duit kita dalam bank tu tak hilang pun. Tapi leceh kat kita balik nanti.

Sebab mulai 1/7/2017, memang nak jalan full swing dah sistem ni. Masa tu memang langsung tak boleh pakai dah kad lama.

Maknanya, macam mana pun kita masih kena tukar juga kad. Sebab tu Bank Negara tak bagi bank-bank caj apa-apa bayaran untuk pelanggan yang tukar kad sekarang. Secara tak langsung, untuk galakkan kita tukar siap-siap, tak payah tunggu last minute.

Oh lagi satu, lepas ni dah tak ada kad ATM. Kad ATM akan automatik tukar jadi kad debit. Maknanya boleh pakai kad yang sama untuk bayaran yang ada terminal sebab kad debit ni terus link ke akaun simpanan kita.

Untuk kad kredit, hari tu bank pos je kad aku. Dah dapat, hubungi bank untuk aktifkan. Untuk kad debit pula, kebanyakan kena pergi cawangan tukar sendiri.

Ya, aku tau. Malas gila nak pergi bank. Tapi nak bagitau, kebanyakan bank (kalau bukan semua), lanjutkan masa bekerja mereka untuk mudahkan penggantian kad ni. Periksa balik sampai pukul berapa bank korang buka. Yang buka masa weekend pun ada.

Dan ada juga bank yang buat initiatif untuk letak kiosk untuk penggantian kad. Maknanya tak payah pergi branch pun boleh. Buat sendiri je. Sila Google bank mana yang offer kiosk macam ni.

Ok, ada satu lagi isu yang aku nampak berlegar di media sosial.

Contactless card

Rasanya kad baru ni semua dilengkapi dengan ciri yang canggih – kita hanya perlu touch/wave saja untuk buat bayaran.

Secara praktikalnya, kita tak payah bagi orang lain pegang kad kita langsung. Hanya touch, atau pun wave di terminal tu. Dan siap bayaran kita.

Ada yang argue, kalau macam tu, bukannya selamat, lagi bahayalah kalau orang datang ‘tap’ kad kita tanpa kita sedar?

Ok. Memang ada risiko untuk fraud yang macam tu. Memang boleh berlaku. I won’t deny that.

Tapi realitinya, tak semua orang cekap nak menipu macam Joon Jae. Ya, kita perlu berhati-hati, tapi jangan terlampau panik bila tengok video yang ‘nampak macam senang gila’ nak buat wireless pickpocket tu.

Pertama, alat atau whatever benda yang nak tap kad kita tu, kena betul-betul dekat dengan kad kita. By industry standard, it will take about 5 cm. Tapi praktis normal, selalunya kena dalam jarak kurang dari 2 cm.

Maknanya memang dia kena dekat gila-gila dengan kita, baru boleh tap. Kita pun, kalau dah tengok orang dok menyendeng-nyendeng lain macam kat kita tu, alert lah sama. Takkan nak tegak macam tu je? Kalau bukan sebab kad, boleh jadi jugak kes gangguan seksual. Kan?

Walaupun dia tu gigih jugak nak menyempit dekat kita dan ‘berjaya’ tap card kita, tak banyak info yang dia dapat melalui cara tu.

Nombor kad, expiry date dan nama kita – benda yang memang tertera atas kad.

Dan kalau dengan info yang sangat terhad ni pun dia tetap nak klon kad kita, dia ada satu lagi masalah – cip. Yang mana berbalik semula kepada faktor utama kenapa kita kena tukar kad (untuk naik taraf cip sekarang).

Jadi setakat 2-3 info yang dia dapat tadi, sebenarnya taklah berguna mana sangat untuk fraudsters (setelah bersusah payah usung alat yang quite bulky tu sana-sini, dengan risiko kantoi masa nak menyempit dekat kita lagi).

Kalau perasan, belakang kad tu ada tiga lagi digit (kita panggil kod CVV) yang dia takkan boleh dapat melalui cara tap. CVV ni dicetak. Dia tak emboss macam nombor kad di depan tu. Kaki shopping online mesti familiar bila nak buat belian, selain nombor kad, kita kena isi juga nombor CVV ni untuk pengesahan.

Jadi, walaupun dia berjaya tap kad kita, dia tak ada PIN (sebab kita hafal), kad fizikal pun tak ada, CVV pun tak tau, alamat bil tak ada, banyak lagi info yang tak lengkap. Sebab info-info ni tak akan dapat kalau setakat tap sahaja.

Satu lagi, contactless payment ni ada had. Kalau aku tak salah, had maksima pada RM250.

Kalau lebih RM250, sah-sah bayaran perlukan PIN. Bahasa mudahnya, contactless payment ni adalah untuk kita bayar barang-barang runcit saja, bukan untuk beli barang yang bernilai tinggi.

Penting

Tapi, katalah mamat tu gigih jugak nak tap kad kita, ada satu lagi point penting yang kita kena tau. Mungkin point yang paling penting.

Bila kita sedar ada fraud, jangan panik, terus bagitau bank.

And guess what?

Bank aku pulangkan balik amaun tu pada kita.

Apa maknanya?

Sebenarnya, risiko fraud ni lebih kepada pihak bank berbanding pihak kita.

Bandingkan kalau duit kita yang kena curi tu dalam bentuk ‘cash’, ada siapa-siapa tak yang sudi nak pulangkan balik pada kita?

Tak ada. Gone.

Tapi dengan penggunaan cashless payment ni, kita akan dapat pemulangan balik kalau berlaku kecurian. Bank yang akan tanggung.

Walau bagaimanapun, secara statistik, Visa mendakwa tahap penipuan kad telah menurun sejak contactless card diperkenalkan. Semua ciri-ciri keselamatan built-in menjadikan teknologi contactless tidak menarik kepada penipu. Peratus penipuan dalam kad sentuh ni adalah sangat-sangat minimal.

Ok?

Jadi, jangan risau lebih-lebih. Sebelum kita terfikir benda-benda ni, orang yang dalam bidang ni dah fikir siap-siap macam mana cara nak atasi. Relax. Sangka baik dengan orang.

Bukan semua benda di dunia ni ada niat jahat pada kita. Don’t you feel tired to play victim all the time?

Satgi adalah yang komen kata aku ni optimistik sangatlah, suka sugar-coat lah, yang tu terpulanglah. Aku pun tak tau nak jawab macamana.

Kalau tak pakai Chip & PIN ni pun, boleh juga aku argue selamat ke kad kredit bila hang bagi pada pelayan lepas makan?

Kalau nak ikut, boleh ja dia pi balun swipe ntah apa-apa n tiru signature hang, sementara hang dok lap-lap mulut kat meja tunggu bil. Macam mana pula dengan yang depa kata ada device kat ATM yang telan kad kita tu? Adakah kita terus tak pakai kad ATM?

Jadi, kalau nak cakap pasal risiko, semua benda pun boleh kait. Jadi, berpada-padalah kalau nak ‘kritikal’ pun.