Pada ketika ini, pelbagai universiti sedang mengadakan Majlis Istiadat Konvokesyen buat para penuntutnya, namun menjadi isu pula apabila tular sejumlah video yang memaparkan graduan menggunakan jubah konvokesyen sebagai kandungan di media sosial.

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Shahrin @ Sahib Sahibuddin menasihatkan graduan supaya menghormati jubah konvokesyen sebagai pakaian istiadat yang penuh makna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Shahrin membuat teguran itu selepas melihat ada segelintir graduan yang menyarung jubah mereka kemudian membuat kandungan kreatif di media sosial untuk perkongsian.

Menurut Shahrin, beliau pasti graduan yang berbuat demikian ingin memperlihatkan apa yang dianugerahkan kepada mereka.

“Tapi perasaan hormat itu perlu ada kerana bukan sembarangan dan calang-calang individu boleh menyarung jubah berkenaan

“Kami ahli akademik juga menyarung jubah berkenaan sebagai tanda dan simbol ilmu yang dijunjung.

“Pemakaian songkok mahupun mortar-board (topi mortar atau konvokesyen) dipakai oleh mahasiswa sebenarnya antara takrifannya adalah menjunjung ilmu ditauliahkan kepada mereka.

Menurut Shahrin, pakaian istiadat itu perlu diletakkan sejajar dengan statusnya yang sangat mulia dan tinggi dianugerahkan kepada graduan.

“Kena ingat firman Allah itu dari sisi Allah maka ilmu yang saudara dan saudari pegang itu sangat mulia tinggi.

“Maka pakaian itu melambangkan ilmu. Perihal pakaian itu tatacara dan adabnya perlulah dianugerahkan kepada pakaian ilmu yang saudara saudari pakai,” katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial gambar dan video trend graduan menggayakan jubah konvokesyen ketika berniaga, melakukan kerja rumah dan aktiviti lasak.

@uitm_channel

Naib Canselor Menasihati Para Graduan Menghormati Jubah Konvokesyen #istiadatkonvokesyenuitm98 #konvo98 #uitmdihatiku

♬ original sound – Universiti Teknologi MARA – Universiti Teknologi MARA

Alasannya adalah kerana rugi jika menggayakan jubah ketika majlis konvokesyen saja namun ada yang mengecam dengan mengatakan tindakan itu keterlaluan seolah tidak menghormati pakaian istiadat berkenaan.

Sementara di ruangan komen juga, ramai yang bersetuju dengan teguran yang dilontarkan kerana jubah konvokesyen sepatutnya dipandang tinggi kerana menjadi lambang ilmu yang dipelajari. Malah, para pelajar seharusnya mempamerkan contoh yang baik kepada umum di samping menjaga tingkah laku sebagai ahli akademik.