Kecoh semalam berkenaan rakaman video di platform X menunjukkan pergelutan antara rider penghantar makanan dan pengawal keselamatan.
Dalam kejadian dipercayai di sekitar ibu kota Kuala Lumpur itu, difahamkan rider terbabit dihalang daripada memasuki premis oleh pengawal keselamatan yang bertugas.
Baca Juga:
- 5 Tip Penting Yang Anak Muda Perlu Tahu Sebelum Beli Rumah Pertama
- Orang Muda Lebih Suka Beli Kereta Berbanding Rumah Untuk Bergaya
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
Kejadian kt HSBC menara IQ @ TRX. X pasti kejadian semalam atau pagi ni. Kata org yg share tu, guard x bg rider naik atas tapi rider ckp customer suruh naik. Rider x puas hati gi maki guard. Guard call brader brazer merah mintak turun. pic.twitter.com/sP8kquiktg
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) November 3, 2023
Bagaimanapun, pelanggan yang memesan telah mendesak supaya rider tersebut memasuki bangunan bagi menyerahkan bungkusan yang dipesan.
Situasi bertambah tegang apabila rider berkenaan didakwa dimarahi pengawal keselamatan warga asing sehingga menyebabkan mereka memanggil individu lain bagi mendapatkan bantuan.
Menerusi beberapa video berdurasi kira-kira 3 minit itu, rider tersebut dilihat sudah berada dalam keadaan tertiriap di atas lantai dan tangannya ditarik ke belakang untuk mengehadkan pergerakan.
Malah, kedengaran suara perempuan yang dipercayai pelanggan yang cuba meleraikan pergelutan tersebut. Wanita itu juga sedia bertanggungjawab jika kemasukan rider ke premis itu menjadi satu kesalahan.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superintendan Nazron Abd Yusof memaklumkan bahawa pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kes tersebut.
Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Sekyen 323 Kanun Keseksaan. Saksi terlibat dalam kejadian telah dikenal pasti dan akan dipanggil untuk membantu siasatan.