Semasa pelancaran Kereta Api Cepat Jakarta-Bandung (KCJB) di Stesen Kereta Api Halim Fast, Jakarta Timur, baru-baru ini, satu klip video Presiden Joko Widodo (Jokowi) menandatangani plak pelancaran telah menarik perhatian warganet.
Mana tidaknya, Jokowi mengambil masa kira-kira 10 saat untuk meninggalkan satu tandatangan yang panjang di atas plak pelancaran tersebut.
Baca Juga:
- Netizen Indonesia Seronok Kasut RM112 Yang Disarung Presiden Jokowi Jadi Bualan Rakyat Malaysia
- Pekerja Indo Sambut Jokowi Di ‘Little Jakarta’ Chow Kit Dengan Nyanyian Lagu Kebangsaan Indonesia
- Jokowi Beli Kembali Album Metallica Yang Dihadiahkan Kepadanya
pak tanda tangan aja pak bukan ngelukis motif batik… pic.twitter.com/kNTi2yDZqf
— tio (@kadyasandya) October 2, 2023
Video tersebut telah mendapat perhatian warganet, lebih-lebih lagi pengguna media sosial dari Indonesia.
Mereka hairan bagaimana pemimpin Indonesia itu boleh mengingati tandatangan sepanjang itu.
Ada yang berpendapat mungkin beliau berbuat sedemikian untuk mengelakkan daripada orang lain cuba memalsukan tandatangannya.
w kalo punya tanda tangan macam itu, bisanya bikin satu ttd doang per hari gabisa lebih soalnya menguras tenaga w yg minim ini
— klaire marsh (@klairemarsh) October 2, 2023
Gak kebayang kl disuruh tanda tangan di bank, itu ulirnya mesti di itung & bentuknya kudu sama semua 😭
— gangsal (@dorandae_il) October 3, 2023
panjang banget dah itu biar ga bisa dipalsu
— faye (@discovzr) October 3, 2023
Sementara itu, satu portal Indonesia berkongsi terdapat nombor tersembunyi di dalam tandatangan Jokowi itu.
“Menurut pelbagai sumber, angka ini rupa-rupanya adalah nombor pelajar Jokowi semasa menjadi pelajar UGM iaitu 1681/KT,” petik portal tersebut.
Tambah portal itu lagi, Presiden Jokowi sendiri pernah menyatakan dalam ucapannya semasa mesyuarat terbuka siri Ulang Tahun ke-18 UGM bahawa tandatangannya menyertakan nombor pelajar ketika berada di kampus.
“Nombor pelajar saya masih hafal, 1681. Tandatangan saya ialah nombor pelajar, sehingga kini.
“Jika dilihat secara teliti, pasti ada 1681 di situ (tandatangannya),” jelas Jokowi.