Pada 5 Januari lalu, palam pintu tercabut dari pesawat Alaska Airlines Boeing 737 MAX 9 telah dijumpai oleh seorang guru sekolah, Bob Sauer.

Susulan penemuan palam pintu Boeing 737 Max 9 yang tertera tulisan tangan ‘Made In Malaysia‘ menjadikan Malaysia sebagai tumpuan dalam siasatan insiden penerbangan.

Baca Juga:

Portal berita Oregon Public Broadcasting (OPB) melaporkan pengalaman guru sekolah, Bob Sauer, yang menjumpai palam pintu tercabut dari pesawat Alaska Airlines Boeing 737 MAX 9 pada 5 Januari lalu.

Palam pintu yang tercabut dari badan pesawat dikesan mempunyai tulisan ‘Made in Malaysia’. Foto OPB

Menurut laporan, pintu itu dipercayai tercabut pada altitud 16,000 kaki (4,877 meter) sebelum terjatuh di laman belakang rumah Sauer di pinggir bandar Oregon.

Sebelum ini, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara (NTSB) mengenal pasti kawasan itu sebagai salah satu tempat ia mungkin terjatuh.

Menurut laporan, Sauer dilaporkan berkata, maklumat itu jelas menyatakan bahawa ia dibuat di Malaysia. Malah, guru berkenaan tertarik melihat nombor siri palam pintu dan butiran pembuatan lain yang kelihatan ditulis tangan di palam pintu itu menggunakan pen dakwat kekal.

Keadaan dalam pesawat memaparkan pintu palam tercabut. Foto Reuters

OPB melaporkan, pihak Boeing tidak dapat mengulas perkara itu memandangkan ia masih dalam siasatan NTSB. Ketika artikel ini ditulis, New Straits Times sudah menghubungi Kementerian Pengangkutan dan NTSB untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu.

Menurut pelbagai laporan media, palam pintu itu terpisah daripada fiuslaj beberapa minit selepas pesawat itu mendaki apabila ia berlepas dari lapangan terbang berkenaan.

Penerbangan Alaska Airlines yang membawa 177 orang termasuk anak kapal melakukan pendaratan cemas di Oregon, Amerika Syarikat (AS) pada 5 Januari lalu.