Tulus, penyanyi asal Jakarta, Indonesia sememang dilahirkan sebagai seorang penghibur. Alunan suaranya, rentak lagunya dan sikap baik beliau kepada para peminat telah meninggal kesan yang besar buat pengunjung yang hadir ke Dewan Plenari, Kuala Lumpur Convention Center untuk melihat beliau beraksi pada 5 Januari dan 6 Januari yang lalu.

Beliau membuka persembahan dengan lagu Satu Kali – lagu yang diambil daripada album Manusia yang baru sahaja dikeluarkan tahun lalu – dan menutupnya dengan lagu Manusia Kuat daripada album Monokrom iaitu album ketiga sepanjang beliau bekerja sebagai seorang penyanyi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Shiraz Project

Salah seorang peminat yang ditemubual, Aina Mansor yang hadir bersama-sama dengan kakaknya, Aisyah Mansor, berkata bahawa ini merupakan konsert Tulus yang kedua beliau hadir, pertama di Jakarta pada 2019 dan kedua adalah tahun ini.

“Seronok sangat, waktu opening act Tulus tadi, satu badan saya meremang and kami sing-along semua lagu dia,” katanya sebelum disambung oleh kakak beliau yang berharap agar Tulus datang lagi ke Malaysia.

Shiraz Project

Bagaimanapun, sebahagian penonton merasakan bahawa kurang puas dengan persembahan Tulus yang menyanyikan 15 lagu dan sebahagian lagi merasakan agak kecewa kerana ada beberapa lagu yang diminati oleh mereka tidak dinyanyikan oleh Tulus.

Antarnya adalah selebriti Catriona Ross yang menyuarakan rasa hati beliau di laman Instagram peribadinya. Beliau berkata bahawa beliau terhibur dengan konsert kali ini, namun merasa agak kecewa kerana konsert tersebut berlangsung dalam kadar waktu yang pendek.

Shiraz Project

Selain Catriona, beberapa peminat juga menyuarakan rasa kurang senang mereka dengan durasi masa persembahan Tulus yang berlangsung di sekitar 70 minit. Mereka juga membanding dengan konsert-konsert penyanyi Indonesia sebelum ini yang berlangsung hampir 2 jam.

Untuk rekod, konsert Tulus pada tahun ini dibawakan khas oleh Shiraz Projects yang sebelum ini pernah beberapa kali membawa Tulus ke Malaysia melalui Konsert Tulus Live at Istana Budaya dan seterusnya Konsert Sewindu Tour Kuala Lumpur di Dewan Plenari.