Negarawan ulung tanah air, Tun Dr. Mahathir Mohamad, hari ini genap menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-101.

Kehadiran usia baharu tokoh tersohor ini terus menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia, memandangkan beliau merupakan antara pemimpin paling lama berkhidmat dan paling berpengaruh dalam lipatan sejarah moden negara.

Sempena hari lahir beliau yang ke-101, platform media sosial dibanjiri dengan ucapan tahniah, doa, dan kata-kata penghargaan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Rata-rata rakyat mendoakan agar beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dilindungi.

Tun Dr. Mahathir Mohamad dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di negeri kelahirannya sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura.

Sekembalinya ke tanah air, beliau berkhidmat sebagai doktor perubatan dan membuka Klinik Maha di Alor Setar, yang menjadi tapak awal buat beliau berbakti kepada masyarakat sebelum melangkah aktif ke dunia politik tanah air hingga bergelar Perdana Menteri Malaysia.