Di Muar Johor, dua orang lelaki yang masing masing merupakan tunangan orang serta seorang lagi bakal berkahwin pada Mei tahun hadapan, antara yang ditahan kerana kes cabul remaja secara bergilir gilir.
Kejadian amang seksual ke atas remaja perempuan itu dilakukan pada 5 tahun lalu.
Menurut sumber Buletin TV3, seramai enam individu dituduh melakukan perbuatan tersebut, mereka ialah Muhammad Amirul Aiman Sahrrol, 20; Muhammad Azizi Shamsor Kamar, 23, dan kembarnya, Muhammad Azizan, 23; Muhammad Asraf Rosli, 23; Hafsyal Sufian Kamaluddin, 23, dan Muhammad Hafize Abd Rahim.
Mangsa yang ketika itu sedang berehat di atas rumah rakannya. Ketika itu mangsa berkunjung ke rumah salah seorang kenalan lelaki lelaki tersebut.
Dan tiba tiba sekumpulan lelaki yang mencabulnya secara bergilir gilir.
Mangsa menjerit dan menangis, dan jiran mangsa telah menghubungi polis.
Semua tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibaca secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.
Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ketika kejadian itu berlaku.
Kejadian berlaku di sebuah rumah Tangkak, antara jam 1.30 hingga 2 pagi, 20 Januari 2019.
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017. Mereka boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama, penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaan Raya, Danial Munir dan Diyana Najihah Muhamed Fauzi manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.
Awalnya, pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin RM20,000 terhadap setiap tertuduh serta memohon mahkamah menetapkan dua syarat tambahan.
Namun selepas mendengar rayuan, mahkamah setuju setiap tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan tidak boleh mengganggu mangsa ataupun saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Sebutan semula kes akan berlangsung pada 27 Januari akan datang untuk serahan dokumen serta lantikan peguam semua tertuduh.