Pengurus kepada pelakon Farid Kamil, Azahari Hamid mengesahkan rumah dua tingkat yang bakal dilelong di Bandar Saujana Putra, Jenjarom adalah milik pelakon tersebut, petik Berita Harian.
Menurutnya, sejak 10 tahun lalu Farid tidak tinggal di rumah berkenaan yang dibeli pada harga RM330,000 pada tahun 2011.
Baca Juga:
- Farid Kamil Enggan Bercerai, Diana Danielle Anggap Ia Tindakan Memualkan
- ‘Pindah Secepat Mungkin,’ Diana Danielle Halau Farid Kamil Dari Rumah
- Masih Sayangkan Isteri Dan Anaknya, Farid Kamil Akan Buat Apa Sahaja Demi Pertahankan Rumah Tangganya
“Rumah ini disewakan sejak 2019 dan penyewa membayar terus ke akaun bank pinjaman rumah.
“Sebelum ini, tidak timbul sebarang masalah, baru sekarang Farid dapat tahu rumah ini akan dilelong.
“Bagaimanapun, penyewa berjanji akan menyelesaikan masalah hutang tertunggak secepat mungkin,” katanya kepada Berita Harian.
Azahari menyatakan penyewa gagal membuat bayaran kepada bank sejak pertengahan tahun lalu. Penyewa mengakui terpaksa menangguhkan bayaran.
“Kami terima berita lelongan pada lewat petang semalam. Jadi, pagi ini barulah kami akan berjumpa pihak berkaitan,” katanya lagi.
Terdahulu, tular kisah rumah teres dua tingkat yang terletak di Bandar Saujana Putra, Jenjarom yang tertera nama Farid Kamil Zahari pada ruangan pemegang hak bakal dilelong pada 22 Januari ini.
Bakal dilelong pada harga permulaan RM522,000, kediaman itu mempunyai seluas 1,760 kaki persegi.