Istimewa kedatangan Ramadan bulan hadapan genap 6 tahun penghijrahan mereka satu kumpulan kerja rakyat Malaysia dibawah syarikat yang sama ke Tanah Suci Mekah.

Sepanjang khidmat mencurah jasa dan keringat ini juga mereka meninggalkan isteri, anak dan ahli keluarga tercinta di Malaysia.

Sedikit pengenalan umum buat semua mengenali di sebalik tabir bukan sahaja bagi projek Mataf Sementara (Temporary Mataf), malah mereka adalah tunjang utama mempertaruh nyawa menggalas tugas bagi pemasangan komponen dan struktur bahan binaan Menara Jam Diraja Abraj Al Bait.

Warga kerja yang terlibat bukan sekadar panjat-panjat biasa ya, lebih 10 tahun pengalaman dan diiktiraf International Climber.

Semoga usaha dan pengorbanan mereka ini mendapat rahmat dan ganjaran Allah di Akhirat, dibawah lindungan dan rahmat Allah, walaupun mungkin tidak dipandang di mata manusia.

Jika terlihat kelibat mereka yang biasanya take a break dekat Restoran Malaysia DSaji, Aras 2 Safwa Tower yang dibuka 24 jam (bagi yang merindui teh tarik dan roti canai kunjungi lah Dsaji) tegur dan selfie lah ya, semuanya ramah belaka! Kita kan 1 Malaysia!

Mari saya kenalkan anda dengan mereka-mereka ini.

  1. Haji Hairul Nizam, Melaka. Pengurus Tapak Projek

petugas-di-mekah-3

2. Haji Armiazizul Arifin, Melaka. Senior Supervisor / Professional Climber

petugas-di-mekah-4

3. Haji Zulkefli Sulaiman, Melaka. Senior Supervisor / Professional Climber

petugas-di-mekah-5

4. Haji Mohd Najib Ahmad, Melaka. Supervisor / Professional Climber

petugas-di-mekah-6

5. Haji Armiazizuddin Arifin, Melaka. Supervisor / Profesional Climber

petugas-di-mekah-7

6. Haji Mohd Zaidi Abu Shah, Melaka. Supervisor / Professional Climber

petugas-di-mekah-8

7. Haji Hashim Ripin, Melaka. Supervisor / Professional Climber

petugas-di-mekah-9

8. Haji Mohamed Norhisam Hashim, Melaka. Supervisor / Professional Climber

petugas-di-mekah-10

9. Haji Ramli Sehad, Melaka. Supervisor / Professional Climber

petugas-di-mekah-11

10. Haji Mohd Anuar Abu, Melaka. Supervisor / Professional Climber

petugas-di-mekah-12

11. Haji Muliana Ahmad, Melaka. Supervisor / Professional Climber

petugas-di-mekah-13

12. Haji Sabri Jaka, Kelantan. Supervisor / Professional Climber

petugas-di-mekah-14

13. Haji Mohd Hamka, Selangor. Supervisor

petugas-di-mekah-15

14. Haji Mohd Airhan Rasullan. Supervisor

petugas-di-mekah-16

15. Pemandangan kawasan Masjidil Haram pada waktu malam.

petugas-di-mekah-17

16. Bertugas dan beribadah menghadap Kaabah.

petugas-di-mekah-18

17. Mempertaruh nyawa pada ketinggian 601 meter menggalas tugas dan tanggungjawab

petugas-di-mekah-19

18. Haji Armiazizul, 16 tahun pengalaman sebagai seorang climber.

petugas-di-mekah-20

19. Aspek keselamatan amat dititikberatkan, kepakaran dan ketelitian sebagai seorang climber.

petugas-di-mekah-21

20. Haji Mohd Najib sewaktu operasi pemasangan komponen jam.

petugas-di-mekah-22

21. Malaysia Tanah Kelahiranku!

petugas-di-mekah-23

22. Sewaktu operasi pemasangan komponen Menara Jam Abraj Al Bait.

petugas-di-mekah-25

23. Proses pemasangan crescent pada dome Shamia Expansions – projek ketiga yang melibatkan tenaga pakar Malaysia.

petugas-di-mekah-26

24. Bertugas menghadap Kaabah, satu pengalaman luar biasa MashaAllah.

petugas-di-mekah-27

25. Projek Mega pertama Menara Jam Abraj Al Bait pada tahun 2010 sehingga 2013.

petugas-di-mekah-1

26. Projek kedua Mataf Sementara siap dibina pada September 2013 & operasi membuka semula struktur binaan siap sepenuhnya pada 29 April 2016 – 24 hari, 24 jam waktu bekerja.

petugas-di-mekah-2

Baca lagi: Kenapa Mataf Sekarang Dibuka Dan Apa Istimewanya Mataf Baru Nanti?