Ketika ini, semua peringkat umur mempunyai akses mudah terhadap gajet termasuklah kanak-kanak. Akan tetapi, ia bukanlah sesuatu yang menyihatkan kerana tanpa kawalan, kanak-kanak boleh ketagihan melampau bermain gajet.

Terbaharu, beberapa video yang memaparkan lawatan ibu bapa dan anak-anak ke Muzium Penjara Melaka. Menerusi video terbabit, petugas yang dikenali sebagai Tuan Nizar memberikan demonstrasi sebatan rotan kepada pelawat yang datang.

Baca Juga:

Malah, dia juga menasihati kanak-kanak yang berada di sana dimana mereka akan menerima denda yang sama jika masih ketagih gajet.

@zatyqaderr

Terima kasih Tuan 🤝😂 hari yg spatutnya dia happy nak melawat penjara menjadi hari yg pahit utk di telan sbb yg last tu kena tegur dgn tuan😂😂😂 now anak saya still minta phone tapi dia tgk dalam keadaan takut2 🤣 bila kita minta phone semula dia cpt2 kasi 🤭🤭 #muziumpenjaramelaka #fypシ゚viral

♬ original sound – Zatyqad.shop – Zatyqad.shop

@roshamidaabdjamil

Terima kasih Tn Nizar.. Pengajaran kekal seumur hidup buat si Ali ni.. 🤣 Tak berani mintak fon sampai sekarang #muziumpenjaramelaka

♬ original sound – roshamidaabdjamil – roshamidaabdjamil

Susulan itu, ramai kanak-kanak berasa ketakutan dan berjanji bahawa mereka tidak akan bermain gajet terus-terusan lagi.

Video-video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mahu berkunjung ke Muzium Penjara Melaka membawa anak-anak mereka agar dapat mengubah ketagihan mereka terhadap gajet.

Bukan itu sahaja, para netizen juga mencadangkan agar pihak sekolah membuat lawatan ke sini. Malah, rata-rata netizen berpuas hati melihat ramai anak-anak yang insaf apabila melihat show hukuman sebatan dijalankan.

Jika anda mahu berkunjung ke Muzium Penjara Melaka, ia dibuka setiap hari kecuali Isnin dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang. Bayaran RM3 pula dikenakan untuk setiap orang.