Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor menegaskan penyokong Selangor berhak untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik.

Menerusi laman X miliknya, Tunku Mahkota membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh CEO Selangor FC iaitu Dr Johan Kamal Hamidon.

Baca Juga:

Johan menegaskan skuad Gergasi Merah berjaya merapatkan jurang dengan JDT dalam dua musim terakhir.

Tunku Mahkota Ismail
Dr Johan Kamal Hamidon

Tunku Mahkota Ismail Persoal Kenyataan Johan

“CEO Selangor FC Johan cakap jurang antara JDT dan Selangor semakin mengecil?

1.2023 – Beza 15 mata dalam liga 2024-25 – Beza 28 mata

2. 2022 – Kalah 5-1, seri 1-1, kalah 2-1 final Piala Malaysia

3. 2023 – Kalah 4-0, 4-0 dan 2-0

4. 2024-25 – Kalah 3-0 di home dan 6-1, result terbesar dalam sejarah Final Piala FA.

Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota

“Jadi tolong jelaskan kepada saya Johan, macam mana Selangor merapatkan jurang?

“Kalau nak tutup kegagalan sendiri pun, janganla sampai cuba bodohkan penyokong sendiri.

“Penyokong Selangor berhak mendapat yang lebih baik,” tulisnya.