Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor menggesa agar kelab yang berdepan masalah tunggakan gaji agar cermin diri.

Saingan musim 2024/2025 yang baru sahaja selesai menyaksikan beberapa pasukan memutuskan untuk menarik diri musim hadapan ekoran masalah kewangan.

Baca Juga:

Selain itu, beberapa kelab turut bergelut untuk menyelesaikan tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan.

Tunku Mahkota Ismail
Foto: JST OFFICIAL

Tunku Mahkota Ismail Gesa Kelab Cermin Diri

Menerusi laman media sosial X miliknya, Tunku Mahkota Ismail terus memberikan teguran kepada kelab bermasalah agar tidak menyalahkan pihak lain di atas masalah mereka.

“Sendiri tak bayar gaji, sendiri tak jaga kebajikan, sendiri gagal merancang dan mengurus pebelanjaan, tapi salahkan orang lain, salahkan peraturan, salahkan liga dan lain lain,” kata Tunku Ismail.

Selepas muncul sebagai naib juara Piala Malaysia, nasib Sri Pahang masih belum jelas musim hadapan.

Tunku Mahkota Ismail
Foto: Sri Pahang Official FB

Kelab itu dilaporkan bakal mengikut jejak langkah Perak FC yang menarik diri musim hadapan ekoran masalah kewangan yang masih belum diselesaikan.