Twitter kini telah menawarkan Twitter Blue secara rasmi buat pengguna tempatan. Dengan ini, para pengguna yang melanggan bolehlah menerima tanda certified pada nama dan profil mereka.
Antara kelebihan yang ditawarkan menerusi langganan ini termasuklah kebolehan menyunting tweet, mampu memuat naik video 1080p serta durasi lebih panjang dan banyak lagi.
Baca Juga:
- Tidak Pernah Naik Kereta Mewah, Guru Muda Bergaji RM3,100 Mahu Beli Honda Civic
- Risiko Sewa Rumah, Ini Sebab Mengapa Pentingnya Ambil Deposit Daripada Penyewa
- Elakkan Diri jadi Mangsa Scam, Ini 12 Pelaburan Emas ‘Trusted’ Yang Patuh Syariah
Di samping itu, Twitter mengatakan pada masa kelak pelanggan Twitter bakal melihat hanya sebahagian iklan sahaja berguna pengguna biasa selain membolehkan balasan tweet anda diperlihatkan pada bahagian paling atas.
Twitter Blue ditawarkan pada harga RM35 sebulan atau RM369 setahun apabila dilanggan menerusi web. Harga langganan adalah lebih tinggi apabila dilanggan menerusi aplikasi iPhone atau Android.
Sekiranya melanggan melalui Android dan iPhone, ia mencapai harga RM50 sebulan atau RM519.90 setahun. Semua pengguna boleh melanggan Twitter Blue di Twitter kecuali akaun baharu perlu nantikan tempoh 90 hari sebelum dapat melanggannya.