Influencer dan juga suami kepada penyanyi terkenal Shila Amzah, Ubai memaklumkan bahawa dia sudah berhenti kerja daripada sebuah syarikat kerana ingin fokus kepada bisnes yang diusahakannya.
Difahamkan, Ubai atau nama sebenarnya Ubaidillah Mohd Zulkefli sedang mengusahakan perniagaan baju dan mahu menguruskan kebun yang merupakan tanah miliknya terletak di Pahang.
Baca Juga:
- Gaji Cukup-Cukup Makan? Ini 5 Idea Untuk Anda Cari Duit Tepi
- Lelaki Ini Kongsikan Cara Beli Kereta Terpakai Di Bawah ‘Market Value’
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
“Saya baru berhenti kerja dan kini mahu fokus pada perniagaan dan nak uruskan tanah di Pahang. Perniagaan itu adalah perniagaan baju yang kini sedang giat saya lakukan.
“Kalau kebun itu pula, saya tanam durian jenis musang king, rambutan, cempedak. Insya-Allah seterusnya mahu tanam cili. Saiz kebun itu berukuran lebih kurang 3 hektar dan ada juga sebuah kabin di sana.” ujar Ubai dalam satu laporan portal.
Dalam pada itu, Ubai mengatakan bahawa dia masih menerima tawaran berlakon dan menjadi ‘talent’ sekiranya dipanggil.