Dua pemain negara iaitu Ubaidullah Shamsul dan Akhyar Rashid sedang mengintai peluang untuk beraksi dalam saingan Thai League 1 musim hadapan.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Star, T.Avineshwaran dimana terdapat beberapa kelab T1 yang berminat untuk mendapatkan khidmat dua pemain.

Baca Juga:

Ubaidullah Punya Potensi Menyinar Di Thailand

Baru-baru ini, pemain pertahanan Terengganu itu tampil buat kali pertama bersama skuad senior negara dalam aksi persahabatan menentang Cape Verde.

Ubaidullah
Sumber Gambar: Malaysia NT

Pemain berusia 21 tahun itu tampil cemerlang di barisan pertahanan sekaligus dinobat sebagai pemain terbaik perlawanan.

Untuk rekod, Ubaidullah telah merekodkan 35 penampilan, dua gol dan dua bantuan jaringan dalam semua kejohanan musim lalu.

Ubaidullah
Sumber Gambar: FAM

Bagi Akhyar pula, beliau kembali menemui rentak cemerlang setelah beraksi bersama Terengganu FC dalam saingan musim ini.

Pemain berusia 26 tahun itu menjadi pilihan untuk membarisi kesebelasan utama bagi posisi sayap kiri bagi Terengganu musim lalu.

Ubaidullah
Dominic Tan Dan Stuart Wilkin

Selain itu, dua pemain Sabah iaitu Stuart Wilkin dan Dominic Tan juga dilaporkan mendapat perhatian dari kelab Thailand.