Pertahanan Terengganu FC, Ubaidullah Shamsul Fazili waspada kelincahan dua penyerang DPMM FC yang boleh menghukum pasukan dalam aksi ketiga Liga Super, Jumaat ini.
Miguel Oliveira dan Ramadhan Sananta antara dua pemain yang digeruni selepas mereka menampilkan aksi konsisten dalam tiga perlawanan terdahulu.
Baca Juga:
- Cabar Kuasa Sultan, Presiden Bola Sepak Brunei Dipecat Serta-Merta

- Liga Malaysia Berada Di ‘Top 4’ Liga Paling Bernilai Asia Tenggara

- Ramadhan Sananta: Liga Malaysia Ada Kualiti, Saya Mahu Uji Diri Di Sini

Bagi Ubaidullah Shamsul, dua pemain itu boleh jadi ancaman besar kepada mereka menerusi gerakan-gerakan merbahaya.

Ubaidullah menyifatkan kelab dari Brunei Darussalam itu bakal memberi tekanan tinggi kepada mereka terutamanya selepas mereka menang ke atas Kuching City FC dalam aksi pusingan 16 Piala FA tempoh hari.
Ubaidullah Shamsul Waspada
“Sebagai pertahanan, saya sedar dengan kualiti dua pemain lawan iaitu Ramadhan dan Miguel berdasarkan aksi mereka sebelum ini, jadi kita memang tidak boleh pandang rendah dengan kebolehan pasukan itu.
“Apatah lagi selepas kami tewas kepada Imigresen FC minggu lalu, ia macam bagi satu petanda awal kepada kami untuk tidak ambil mudah mana-mana perlawanan selepas ini.

“Dan ianya kerana kami tak dapat gunakan peluang menjaringkan gol dan gagal untuk bertahan dengan baik, jadi kita kena ubah benda itu.
“Setakat 3 perlawanan ini, saya masih lagi mencari konsistensi dalam prestasi saya untuk perbaiki kelemahan-kelemahan kecil yang ada selepas ini”, jelasnya.

Setakat ini Terengganu FC telah meraih 4 mata selepas seri dan menang dalam dua perlawanan Liga Super terdahulu untuk meletakkan mereka di tangga kedua liga.