Melancong merupakan antara aktiviti yang menyeronokkan. Apatah lagi jika ke luar negara.
Namun sebelum berangkat, sebaiknya persediaan untuk kesihatan juga wajar di ambil kira agar percutian anda tidak terganggu.
Apatah lagi bila kos perubatan di sesetengah negara adalah sangat tinggi walaupun hanya untuk mendapatkan ubat untuk demam.
Demam, selsema dan cirit birit merupakan antara masalah kesihatan yang mudah menyerang sewaktu bercuti terutama apabila anda ke negara yang mempunyai cuaca sejuk dan suhu yang berbeza berbanding Malaysia.
Berikut merupakan ubat-ubatan yang sering dibawa oleh mereka yang sering melancong ke luar negara :
1) Panadol
2) Salon Pass
3) Handyplast
4) Ubat selsema
5) Ubat batuk dalam bentuk bentuk tablet (boleh tanya di farmasi dan nyatakan anda mahu ubat batuk tablet)
6) Ubat cirit birit dalam bentuk pil (boleh dapatkan di farmasi. Atau boleh juga dapatkan pil Chi Kit Teck Aun)
7) Antibiotik (yang telah di prescribe oleh doktor)
8) Vicks Vaporub
9) Minyak cap kapak
10) Handyplast /plaster untuk luka
11) Ubat gatal / krim gigitan serangga – jika anda ke kawasan hutan. Ubat gatal ini juga berguna jika negara yang bakal anda tujui sedang mengalami musim yang mana serangga sedang keluar mengawan
12) ORS (sejenis garam) dan Smecta – untuk cirit birit
13) Ubat gout (untuk penggemar makanan laut)
14) Minyak urut / yokoyoko – untuk urut kaki dan badan jika banyak berjalan
15) Kool fever
16) Minyak gamat – untuk sapu pada luka
18) Eno / Gaviscon
19) Pain killer – untuk sakit gigi dan migrain
Sumber : Group Backpackers Buddies Malaysia