Nama yang tidak asing lagi dan menjadi kontroversi di kalangan pemandu teksi di Malaysia khususnya di lembah Kelang kerana mengganggu periuk nasi mereka.

Namun ini tidak menghalang UBER untuk mengembangkan sayap mereka ke Kuching bermula hari ini.

Saya sebagai anak jati Sarawak mengalu-alukan kedatangan UBER. Walaupun pemandu teksi di Kuching ini membantah sekeras-kerasnya.

Hujah-hujah saya di bawah.

1. 30 tahun saya melihat pengangkutan awam di Kuching khususnya masih berada di takuk lama.

Untuk mereka yang kurang mampu memiliki kenderaan sendiri, hanya dapat berharap dengan bas atau van sewa dan lebih banyak lagi van sapu.

Namun bas yang digunakan tidak lah seperti RAPIDKL dan tidak pula banyak.

Owh, tak pernah dengar van sapu? Datanglah sini rasai sendiri.

Yang menggunakan perkhidmatan van sapu memang tak terfikir pun van ada insurans ke tidak. Semua atas risiko sendiri.

2. Kenapa saya tak sebutkan teksi di atas?

Sebab teksi di Kuching ‘limited edition’ tidak seperti di Lembah Klang.

Banyak terdapat di kawasan seperti lapangan terbang dan tempat tumpuan pelancong yang memberi harga tetap.

Perkhidmatan teksi juga bukan murah dan mampu digunakan hari-hari oleh warga Kuching.

Lebih-lebih lagi yang datang dari luar bandar. Harga meter bermula dari RM10.

Pemandu teksi menyedari pelancong atau pendatang tidak mempunyai banyak pilihan maka ini menjadi lubuk pendapatan mereka sekian lama.

3. Bagi penuntut-penuntut institusi pengajian tinggi di Kuching dan Kota Samarahan

Kereta sewa merupakan mod pengangkutan yang mendapat lebih sambutan dan merupakan bisnes yang bagus.

Ini kerana, di Kota Samarahan kebanyakan van sapu hanya pergi ke destinasi tertentu seperti pusat bandar.

Mereka yang ingin menuju ke bandar Kuching terutamanya ke pusat membeli-belah dapat menjimatkan masa dengan berkongsi kereta sewa.

Hakikatnya, menyewa kereta sehari atau beberapa jam tidak murah namun sekali-sekala ini merupakan perbelanjaan yang sanggup mereka tanggung dari terperuk saja di kampus.

Siapa yang pernah belajar di kawasan jauh dari pusat bandar pasti punya pengalaman ini.

4. Kebanyakan warga Kuching mempunyai kenderaan sendiri, setidak-tidaknya Kancil.

Ini kerana seperti yang saya katakan di atas, perkhidmatan pengangkutan awam di Kuching tidak efisyen seperti di Kuala Lumpur.

Maka untuk ke pejabat dan sebagainya, memerlukan kenderaan dan kereta merupakan pilihan utama warga Kuching.

Kedatangan UBER akan memberi mereka pilihan untuk menjadi pemandu UBER dan menambah pendapatan.

Bagi mereka yang mencari peluang pekerjaan, saya merasakan ini peluang yang bagus kerana saya pun turut melakukannya di samping mencari peluang-peluang lain. Saya lihat ini sebagai situasi win-win untuk warga Kuching.

Pendapatan lebih untuk yang menjadi pemandu dan pengangkutan yang lebih murah dan selesa untuk penumpang.

Usah ditimbulkan isu politik di sini, perkara dah berlaku.

Sekarang masa untuk sama-sama fikirkan jalan untuk kesenangan bersama di masa depan.

Sudah tiba masanya Kuching mempunyai mod pengangkutan yang memberikan keselesaan dan pilihan kepada warganya.

Untuk menggunakan UBER anda boleh memuat turun aplikasinya.

Jika anda pengguna buat pertama kali, bolehlah menggunakan referral code (tzyhbzpeue) saya untuk mendapatkan trip pertama anda secara percuma. Anda juga boleh menggunakan refferral code (tzyhbzpeue) untuk menjadi pemandu.

Tertakluk kepada jumlah yang ditentukan oleh pihak UBER.

Untuk persoalan mengenai Uber, boleh hubungi saya di Instagram @whizbeb.