Menyebut tentang Uber jelas, bisnes ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Mula dilancarkan hampir sedekad yang lalu, syarikat ini telah berjaya menarik perhatian ramai dan tidak lupa juga kontroversi mereka bersama syarikat teksi yang membuatkan populariti Uber meningkat.

Dalam pada itu, langit tidak selalunya cerah. Bisnes yang bermula sebagai startup dan juga menjadi rujukan serta idola syarikat-syarikat yang lain nampaknya sedang mengalami fasa kejatuhan pada ketika ini.

577126e252bcd023008cbed8-2400
Bekas CEO Uber, Travis Kalanick

Bermula dengan kegagalan untuk beroperasi secara sendirian di China, seterusnya kontroversi bekas CEO Uber, Travis Kalanick yang bertindak agresif keatas pemandu diikuti dengan pemecatannya nasib syarikat ini nampaknya bakal menjadi lebih teruk setelah Uber tidak lagi boleh beroperasi di London setelah lesen syarikat ini tamat pada 30 September 2017.

Lebih parah, kegagalan Uber untuk beroperasi ini bakal melibatkan lebih 40,000 pemandu beralih kepada aplikasi ride sharing yang lain serta dalam masa yang sama Uber bakal kehilangan lebih 3.5 juta pengguna sekitar London sahaja.

Apa sebenarnya yang berlaku?

Uber London

Difahamkan kegagalan ini berpunca daripada sikap pemandu yang tidak memberikan layanan yang buat para penumpang sekaligus memburukkan nama London. Faktor keselamatan yang kurang diberi perhatian serta gangguan seksual daripada para pemandu antara yang menjadi punca.

Masalah yang berlaku ini turut mendapatkan perhatian Mayor London, Sadiq Khan yang berpendapat keselamatan dan layanan yang baik antara yang perlu diberi keutamaan buat para pelanggan.

Sadiq Khan MP at Westminster, London, Britain  – 11 Oct 2012
Sadiq Khan selaku Mayor di London

Setakat ini, pelbagai petition telah dijalankan daripada kedua-dua belah pihak sama ada untuk meneruskan atau memberhentikan secara terus servis Uber di London. Kemungkinan lesen untuk Uber beroperasi semula bakal diperbaharui jika masalah ini dapat diselesaikan namun pada masa ini 30 September merupakan tarikh terakhir yang dibenarkan.

Syarikat ini mungkin sudah berjaya mengaut keuntungan yang tinggi di beberapa bandar yang lain namun kegagalan untuk beroperasi di London bakal memberi impak yang besar buat syarikat ini. Tidak dilupakan juga buat para pelabur yang mungkin tidak lagi yakin untuk terus positif dengan perkembangan syarikat ini.

london-uber_a8bjvi

Melihat kepada apa yang berlaku kepada Uber, jelas syarikat yang sudah mempunyai nama dan bernilai ratusan juta dollar juga masih terdedah kepada risiko dan berpotensi untuk jatuh. Buat anda yang ke London pada waktu terdekat ini, anda masih lagi berpeluang untuk menggunakan Uber sebelum lesen syarikat ini ditamatkan pada 30 September 2017.

Baca lagi: Travis Kalanick Akhirnya Undur Diri Sebagai CEO Uber Selepas Didesak Para Pelabur