Memasuki pasaran China bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Malah, syarikat-syarikat besar seperti Google turut mengalami masalah yang sama. Tidak dilupakan, Syarikat Apple yang terpaksa menanggung pelbagai cabaran di China termasuk masalah saman berikutan rekaan iPhone yang dikatakan mirip dengan telefon keluaran China.

Masalah yang sama turut terpalit kepada syarikat Uber yang mengalami masalah untuk beroperasi di China. Apatah lagi apabila terpaksa bersaing dengan sebuah syarikat pioneer di China yang juga menjalankan servis yang sama iaitu Didi Chuxing. Kegagalan Uber untuk menjalankan servis di beberapa daerah termasuk Shenzen antara yang menjadi punca.

travis-kalanick-wants-to-transform-uber-into-a-real-chinese-company

Dalam pada itu, Didi Chuxing berjaya untuk mengembangkan bisnes model mereka dengan lebih cepat menerusi dana yang diterima termasuk pelaburan $1 billion melalui Syarikat Apple.

Setelah hampir beberapa bulan bersaing bersama Didi, akhirnya Uber terpaksa akur dimana kerjasama diantara dua pihak ini merupakan langkah yang terbaik. Melalui perjanjian ini Didi Chuxing bakal membeli syarikat UberChina dengan jumlah $35 billion. Kerjasama ini juga bakal memberi kelebihan buat pengguna bagi mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik dan selesa.

13879217_1159594920728342_8115247929755951184_n
if you can’t beat them, join them

Secara teoritically, Uber bakal menanggung rugi sebanyak $2 billion melalui perjanjian ini. Namun, ini merupakan langkah yang terbaik bagi Uber untuk menjana keuntungan yang lebih untuk jangka masa yang panjang. Kerjasama ini juga dilihat sebagai win-win situation buat Uber dan Didi.

Kami tertarik dengan gaya cool Travis Kalanick yang tidak menyalahkan mana-mana pihak mengenai masalah Uber di China. Beliau juga turut teruja untuk mengongsikan kerjasama UberChina bersama Didi Chuxing.

Sumber