Keputusan undian pusingan 16 UEFA Champions League (UCL) 2025/26 sebentar tadi menyaksikan juara terbanyak kejohanan, Real Madrid berdepan ujian getir.

Mengungguli saingan sebanyak 15 kali, Los Blancos bakal berhadapan dengan juara edisi 2022/23, Manchester City manakala penyandang juara, Paris Saint-Germain pula akan menghadapi Chelsea.

Penilaian di atas kertas menyaksikan pasukan pilihan, Arsenal berpeluang cerah untuk mara ke peringkat separuh akhir.

UCL 2025/26: Keputusan Penuh Undian Pusingan 16
Kredit Foto: Alberto PIZZOLI / AFP)

Skuad kendalian Mikel Arteta itu dijadualkan bertemu Bayer Leverkusen dan sekiranya melepasi cabaran, Sporting Lisbon atau Bodo/Glimt menanti di suku akhir.

Pasukan yang layak secara play off akan beraksi sebagai tuan rumah terlebih dahulu pada 10 atau 11 Mac. Aksi timbal balik akan berlangsung pada 17 dan 18 Mac.

Perlawanan akhir pula bakal berlangsung di Puskas Arena, Budapest pada 30 Mei.

Berikut merupakan keputusan penuh undian pusingan 16 UCL 2025/26:

UCL
Kredit Foto: Karl-Josef HILDENBRAND / AFP)

Pusingan 16 UCL 2025/26

1) PSG lawan Chelsea

2) Galatasaray lawan Liverpool

3) Real Madrid lawan Manchester City

4) Atalanta lawan Bayern Munich

5) Newcastle United lawan Barcelona

6) Atletico Madrid lawan Tottenham Hotspur

7) Bodo/Glimt lawan Sporting Lisbon

8) Bayer Leverkusen lawan Arsenal

  • Susunan senarai ini adalah berdasarkan laluan rasmi kejohanan, di mana pemenang 1 dan 2 akan bertemu di suku akhir, begitu juga 3 dan 4, 5 dan 6 serta 7 dan 8.
  • Struktur ini turut menentukan potensi pertembungan di separuh akhir dan final.