Kemaraan lapan pasukan yang berjaya melepasi saingan Play-Off UEFA Champions League (UCL) 2025/26 menyaksikan lengkaplah senarai pasukan untuk pusingan 16 terbaik.
Dua wakil Itali, Inter Milan dan Juventus mengalami tamparan hebat selepas masing-masing ditunjukkan jalan keluar.
Inter Milan dikejutkan Bodo/Glimt dari Norway dengan agregat 2-5 manakala kebangkitan cuba dijelmakan Juventus tidak berjaya hingga menyebabkab kekalahan 5-7 ditangan Galatasaray.
Atalanta menjadi penyelamat maruah Itali selepas bangkit daripada kekalahan aksi pertama untuk menundukkan Borussia Dortmund 4-3.

Bekas juara serta juara bertahan, Real Madrid dan Paris Saint-Germain (PSG) meneruskan kemaraan selepas Los Blancos menang 3-1 ke atas Benfica manakala gergasi Perancis itu pula menang tipis ketika berhadapan kelab senegara, Monaco 5-4.
Manakala tiga slot diisi Bayer Leverkusen yang menundukkan Olympiakos dari Greece 2-0, Newcastle United menewaskan FK Qarabag 9-3 menerusi agregat dan Atletico Madrid mengatasi Club Brugge 7-4.
Selain itu, lapan pasukan terlebih dahulu melayakkan diri ke pusingan 16 secara automatik.
Berikut senarai lengkap pasukan yang mara ke pusingan 16 UCL 2025/26:
Pusingan 16 UCL 2025/26
1) Arsenal
2) Bayern Munich
3) Liverpool
4) Tottenham Hotspur
5) Barcelona
6) Chelsea
7) Sporting Lisbon
8) Manchester City
9) Bodo/Glimt
10) Atletico Madrid
11) Galatasaray
12) Real Madrid
13) PSG
14) Newcastle United
15) Bayer Leverkusen
16) Atalanta