Berakhirnya tujuh perlawanan UEFA Champions League (UCL) 2025/26 menyaksikan Arsenal unggul di tangga teratas dengan rekod 100 peratus kemenangan dilakarkan.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu dilihat cukup ampuh dalam memimpin 35 lagi pasukan yang turut bersaing bagi melakar kejuaraan paling berprestij di Eropah itu.

Ini merupakan musim kedua saingan UCL diadakan dengan format baharu dimana Paris Saint-Germain (PSG) muncul juara pada edisi lalu.

UCL 2025/26: Kedudukan Terkini Selepas Berakhir 7 Perlawanan
Kredit Foto: Alberto PIZZOLI / AFP)

Daripada tujuh aksi dilalui yang menyaksikan Arsenal menewaskan Inter Milan 3-1 di gelanggang lawan, The Gunners sudah berjaya meledakkan 20 gol dan hanya dibolosi dua jaringan sahaja.

Statistik hebat yang menjadikan Arsenal sebagai calon juara pada edisi kali ini.

Selain Arsenal, Bayern Munich juga sudah mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 selepas kelab Jerman itu meraih enam kemenangan dan satu kekalahan untuk mengumpul 18 mata.

Dua bekas juara iaitu Real Madrid dan Liverpool berkongsi 15 mata untuk berada di kedudukan ketiga dan keempat.

Kedudukan keenam hingga ke-13 menarik untuk diperkatakan apabila kesemua pasukan meraih 13 mata.

UCL 2025/26: Kedudukan Terkini Selepas Berakhir 7 Perlawanan
Kredit Foto: Glyn KIRK / AFP)

Satu persaingan yang menarik untuk merebut slot lapan pasukan teratas layak secara automatik ke pusingan 16 dengan aksi hanya berbaki satu perlawanan sahaja lagi.

Berikut merupakan kedudukan terkini saingan UCL 2025/26 bagi selepas mengharungi tujuh perlawanan:

UCL 2025/26

1) Arsenal – 21 mata

2) Bayern Munich – 18 mata

3) Real Madrid -15 mata

4) Liverpool – 15 mata

5) Tottenham Hotspur – 14 mata

6) PSG – 13 mata

7) Newcastle United – 13 mata

8) Chelsea – 13 mata

9) Barcelona – 13 mata

10) Sporting Lisbon – 13 mata

11) Manchester City – 13 mata

12) Atletico Madrid – 13 mata

13) Atalanta – 13 mata

14) Inter Milan – 12 mata

15) Juventus – 12 mata

16) Borussia Dortmund – 11 mata

17) Galatasaray – 10 mata

18) Qarabaq FK – 10 mata

19) Marseille – 9 mata

20) Bayer Leverkusen – 9 mata

21) AS Monaco – 9 mata

22) PSV Eindhoven – 8 mata

23) Athletic Bilbao – 8 mata

24) Olympiacos – 8 mata

25) SS Napoli – 8 mata

26) Copenhagen – 8 mata

27) Club Brugge – 7 mata

28) Bodo/Glimt – 6 mata

29) Benfica – 6 mata

30) Pafos – 6 mata

31) Royale Union Saint-Gilloise – 6 mata

32) Ajax Amsterdam – 6 mata

33) Eintracht Frankfurt – 4 mata

34) Slavia Praha – 4 mata

35) Villarreal – 1 mata

36) Kairat Almaty – 1 mata