Ukays sudah mengumumkan bahawa mereka akan keluar bagi siri jelajah konsert Reborn 2024. Yang signifikan kepada kelahiran semula Ukays pada ketika ini.

Selepas era pandemik, memang banyak kumpulan legenda yang mengadakan konsert. Boleh dikatakan ianya memang musim konsert untuk artis tempatan dan luar negara yang berlumba lumba mengadakan persembahan di Malaysia.

Baca Juga:

Ukays umum konsert

Jadi, Ukays pun tidak mahu melepaskan peluang untuk melakukan konsert bertemu peminat mereka.

Kumpulan pop rock legenda Ukays juga bakal beraksi dalam konsert di Kelantan dan beberapa tempat di Perak pada awal tahun depan.

Perkara itu diumumkan sendiri menerusi laman facebook rasmi Ukays beberapa hari lalu, berbunyi: “Negeri Kelantan standby bulan 1 dan 2 tahun 2024 Konsert Ukays Reborn 2024 akan berlangsung di sana tunggu tau kami sampai.”

Pengumuman itu ternyata disambut baik oleh peminat setia Ukays yang mahu menyaksikan kumpulan itu mengalunkan lagu lagi malar segar mereka.

Namun sebelum itu konsert Ukays Reborn 2024 akan memulakan jelajahnya di negeri Perak menurut sumber itu lagi.

Ada dua lokasi yang disebut oleh Ukays iaitu Pulau Pangkor dan Dataran Lumut.

Namun tarikhnya masih tidak diumumkan untuk kedua dua konsert tersebut.

Lokasi lain mungkin akan diumumkan lagi dalam masa akan datang. Jadi kepada peminat tegar Ukays, anda boleh terus sentiasa mengikuti laman rasmi kumpulan tersebut.

Ukays merupakan kumpulan terkenal dengan lagi seperti Pahit Akan Manis Akhirnya, Di Sana Menanti Di Sini Menunggu, Rhythm Si Jantung Hati dan banyak lagi. Mereka juga aktif mengeluarkan lagu lagu terbaru mereka.

Pastinya peminat peminat Ukays tidak akan melepaskan peluang untuk menyanyi bersama sama dengan band kesayangan mereka itu.

Ukays kini aktif mengadakan persembahan bertemu dengan peminat mereka. Dan sambutan ke atas kumpulan Ukays di setiap lokasi yang mereka pergi memang memberangsangkan.