Sebelum ini, program realiti The House telah menampilkan selebriti seperti Fattah Amin, Alvin Chong, Wani Kayrie, Sarah Suhairi dan Rozita Che Wan sebagai tetamu mereka.

Pada musim terbaharu yang mula ditayangkan semalam, program ini menampilkan ikon fesyen berpengaruh dan sosialit masyhur, Ezurin Khyra sebagai tetamu baharu program tersebut.

https://twitter.com/501Awani/status/1318838096620736513

Menerusi video yang dikongsikan oleh Astro, Ezurin Khyra bersama ahli keluarganya akan menyahut cabaran untuk keluar dari zon selesa dan menyesuaikan diri dengan kehidupan ‘sederhana’.

Akan tetapi, sebelum rancangan tersebut ditayangkan rata-rata netizen sudah mengecam program realiti tersebut. Para netizen mengatakan program tersebut seperti mengejek golongan B40 dan tidak wajar diterbitkan.

https://twitter.com/theericapamela/status/1319086602195382272

https://twitter.com/SFazzahrah/status/1318859746472988672

Tidak dapat dinafikan bahawa ketika ini hampir semua rakyat marhaen mengalami kesukaran hidup. Malah, ada juga yang kehilangan punca rezeki dan ada juga yang hilang tempat tinggal serta tiada makanan.

Oleh itu, rancangan realiti yang ditayangkan ini seperti tidak sensitif dengan keadaan semasa dan mengguris hati penonton. Apakah pula pendapat anda akan rancangan realiti TV ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Cetus Kontroversi, dUCk Didakwa Plagiat Rekaan Aksesori Tudung Jenama Bokitta

Kurang Sesuai Untuk Didengari, ‘Cover’ Lagu Blackpink Versi Dakwah Oleh Tarbiah Sentap Cetus Perdebatan

Padah Berbasikal Rentas Negeri, Artis Wanita Ditahan Polis