Formula Datuk Ong Kim Swee bersama Persis Solo semakin menjadi dimana kelab itu kini tidak tewas dalam enam perlawanan terakhir dalam saingan liga yang dihadapi.

Baru-baru ini, Solo menewaskan PSS Sleman dengan keputusan 4-1 dan mereka kini menduduki tangga ke-14 sekaligus menjauhi zon penyingkiran.

Baca Juga:

OKS Dalam Misi Selamatkan Persis

Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee

Bercakap selepas perlawanan menentang PSS, Kim Swee menegaskan beliau kecewa kerana pasukannya tampil dengan buruk pada separuh masa pertama.

“Kami tidak beraksi dengan baik pada separuh masa pertama sekaligus gagal mengawal permainan. Namun pada babak kedua, kami menunjukkan sikap positif dan beberapa pemain membantu Persis dalam mencetak jaringan.

“Oleh itu kami berjaya memperoleh kemenangan yang sangat penting,” katanya.

Berbaki 7 lagi perlawanan dalam saingan Liga, Solo hanya perlu mengekalkan prestasi semasa dan meraih sebanyak mungkin mata untuk mengekalkan status mereka dalam saingan Liga 1 musim hadapan.

Bekas pengendali Sabah dan skuad Harimau Malaya itu dibawa masuk bagi menyelamatkan Solo yang sebelum ini berada dalam zon penyingkiran dan menampilkan prestasi tidak menentu.

Persis Solo
Sumber Gambar: Persis Solo

Kim Swee kemudiannya menyuarakan beliau berminat untuk membawa pemain dari Malaysia untuk beraksi dalam saingan Liga 1 Indonesia.

Beliau berkata demikian dimana rancangannya bergantung kepada nasibnya pada musim hadapan sama ada kekal bersama pasukan atau sebaliknya.

“Saya akan melihat apa yang akan berlaku selepas ini dan sudah pasti saya mempunyai rancangan untuk membawa pemain Malaysia beraksi di Liga 1.

“Ini mungkin akan menjadi pengalaman baharu dan membuka peluang kepada pemain negara untuk beraksi di Indonesia,” katanya.

Antara pemain yang dilihat mempunyai potensi untuk memperkuatkan Persis seperti Dominic Tan, Darren Lok, Stuart Wilkin dan Haqimi Azim.