Apabila cukup umur, anak-anak lelaki akan dihantar bersunat bagi menjaga kebersihan dan menghindarkan diri daripada kuman.

Selalunya anak-anak lelaki yang bakal bersunat akan berasa seram-sejuk sebelum lagi melangkah masuk ke klinik.

Baca Juga:

Bagaimanapun ada sebuah klinik yang meraikan anak-anak lelaki, membuatkan mereka hilang rasa takut tersebut.

Persekitaran klinik tersebut membawakan tema ‘kereta’ dari ruang menunggu sehinggalah dalam bilik bersunat.

@sunatcanggihbanyuwangi

♬ suara asli – rsm.zelinesia – rsm.zelinesia

Lebih istimewanya lagi, klinik yang beroperasi di Banyuwangi, Jawa Timur, Indonesia itu menyediakan katil baring berbentuk kereta.

Sebuah TV digantung di atas dan anak-anak lelaki diberi bermain permainan video kereta. Inisiatif itu sekaligus dapat menghilangkan rasa takut buat mereka yang bersunat.

Menerusi beberapa video dikongsikan TikTok @sunatcanggihbanyuwangi, anak-anak lelaki itu dilihat tidak meraung, menjerit seperti kebanyakkan anak-anak lelaki bersunat di klinik-klinik biasa.

Bahkan ada yang tidak memerlukan berteman, sama ada ayah ataupun ibu disamping mereka kerana leka bermain permainan video kereta di hadapan.

“Untung adik-adik sekarang boleh main game. Kami dulu doktor suruh mengucap dan istighfar saja,” kata warganet.

Ada juga netizen berharap hospital dan klinik di Malaysia dapat menyediakan inisiatif yang sama supaya ramai anak-anak lelaki tidak lagi takut untuk bersunat.

Dalam masa sama ada netizen impikan inisiatif yang sama diletakkan di dalam bilik labour room bagi mengurangkan rasa sakit semasa melahirkan anak.