Bercakap dalam bahasa yang tidak selalu digunakan dalam kehidupan seharian boleh menjadi perkara yang agak sulit buat sesetengah daripada kita terutamanya bahasa Inggeris.
Walaupun memahami apa yang dituturkan orang lain dengan baik namun bila mahu membalas balik apa yang ditanyakan orang lain sudah pasti ia akan kedengaran sedikit berbeza dengan mereka yang fasih dalam bahasa tersebut.
Bagaimanapun perkara tersebut tidak sepatutnya menjadi halangan untuk kita berkomunikasi dalam bahasa yang kita tidak fasih asalkan maksud yang ingin disampaikan dapat difahami oleh orang lain dengan baik.
Seperti pelumba basikal Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Saleh yang tular semalam apabila sesi temu bualnya bersama wartawan dalam bahasa Inggeris mencuri tumpuan netizen kerana mempunyai slang Terengganu.
Level konpideng die cakak tu tinggi. Salute Harris! Teranu ori boh! pic.twitter.com/rD0Ga8N1x9
— MYtehOais (@my_tehoais) February 13, 2020
Walaupun pertuturannya dalam bahasa Inggeris itu mempunyai loghat Terengganu, namun kita semua dapat memahami apa yang dimaksudkan Harrif ketika itu.
Malah, netizen juga memuji keberanian dan kelancaran beliau menggunakan bahasa Inggeris ketika sesi temu bual dan berpendapat tiada apa yang salah dengan caranya berbahasa Inggeris itu.
Apatah lagi, kejohanan Le Tour de Langkawi ini adalah merupakan kejohanan berbasikal yang disertai ramai peserta dari luar negara dan turut mendapat liputan media luar.
Sepatutnya orang melayu kita cakap ja english mcm ni pun, tak payah kisah accent ka slang sangat pun, as long as we deliver the message and people understand, rossi pun bantai ja kot english dia malu apa, https://t.co/LUYyFebFYU
— Nazmi (@ku_nazmi) February 13, 2020
Power dia cakap sebenarnya, tade stutter lansung and points die ade. Thats what that matters. https://t.co/YjiAKXHRk3
— PU Amir (@AmirTajjudin) February 13, 2020
Accents are never a problem.
Just decent spoken English is fine. And he did fine. https://t.co/ODgfsm8xOg
— ᴊᴏᴇ ʟᴇᴇ (@iamjoelee) February 13, 2020
Sepatutnya orang melayu kita cakap ja english mcm ni pun, tak payah kisah accent ka slang sangat pun, as long as we deliver the message and people understand, rossi pun bantai ja kot english dia malu apa, https://t.co/LUYyFebFYU
— Nazmi (@ku_nazmi) February 13, 2020
Jika melihat kepada komen-komen yang ditinggalkan netizen ini, sudah pasti kita yang masih malu-malu untuk berbahasa Inggeris pun akan terinspirasi dengan apa yang telah dilakukan oleh Harrif.
Mungkin ramai juga di kalangan kita yang tidak tahu Harrif juga pernah mencuri tumpuan rakyat Malaysia sebelum ini juga kerana kebolehannya berbahasa Inggeris dengan sedikit loghat Terengganu pada tahun lalu.
Video itu dikongsikan kembali netizen di kiriman tersebut.
Salute sek kiteeeee. Dong weri boh, yor English is guk. Wi leng frong de mistek. Be prauk of yorseh boh! Congrats! pic.twitter.com/yKTzQmt1M3
— Jarr #RakyatJagaRakyat (@JarrNadjmuddean) April 30, 2019
Paling bijok bila dia bagi ucapan untuk fans Malaysia, dia guna Bahasa Malaysia. That’s the point. Barulah ucapan untuk orang Malaysia!
— Azraei Muhamad | #FinancialGory (@azraeimuhamad) May 1, 2019
Bukan itu sahaja, malah netizen juga turut memuji netizen kerana dia dapat memahami soalan yang diajukan wartawan dengan begitu baik sekali.
His english is good enough because he can understand the questions. Some can speak english but failed at comprehending questions.
— Q (@__nzzzzzz) May 1, 2019
Good job Harrif! Kami rakyat Malaysia bukan saja berbangga memiliki jaguh berbasikal seperti tetapi anda juga membuktikan orang Melayu pun boleh berbahasa Inggeris dengan baik.
Bagi anda yang tidak mengikuti LTdL kali ini, Harrif sudah pun memenangi dua peringkat perlumbaan masing-masing di Peringkat 5 dari Kuala Kubu Bharu ke Ipoh dan juga Peringkat 7 dari Bagan ke Alor Setar.
Sebelum ini kami juga ada berkongsi artikel tentang ‘orang kuat’ LTdL yang tular di media sosial kerana dilihat sama dengan salah seorang pelakon filem era P Ramlee. Klik pautan di bawah untuk membaca.
‘Abang Maznah’ Curi Tumpuan Netizen, Rupanya Orang Kuat Di Sebalik LTdL
Lelaki Ini Kongsi Kisah Kegigihan Pemuda Pulang Ke Melaka Berbasikal Dari Bangkok