Seorang usahawan di Brazil mewariskan sebahagian U$D1 billion atau sekitar RM4.2 billion kepada Neymar. Lelaki bujang tersebut tinggal di Porto Alegre, Rio Grande do Sul.

Ada juga lapora menyebut angka itu mungkin nilai keseluruhan daripada hartanya. Usahawan tersebut mewariskan wang dan beberapa aset lain.

Wasiat tersebut dibuat atas dasar dia terlalu meminati Neymar. Usahawan tersebut tidak mengenali Neymar secara peribadi apatah lagi ada sebarang pertalian persaudaraan.

Usahawan itu telah mendaftarkan wasiat untuk Neymar pada 12 Jun 2023 di Notariat Notis ke-9 di bandar tersebut.

Bolehkah seseorang itu mewariskan harta kepada orang tidak dikenali?

Lelaki ushawan tersebut adalah bujang dan tidak mempunyai anak, jadi menurut undang-undang warisan di Brazil, dia dibenarkan untuk mewasiatkan hartanya kepada sesiapa sahaja.

Ini termasuk seseorang tanpa hubungan kekeluargaan. Yang penting dia tahu identiti orang yang mahu dia wariskan harta.

Alasan lelaki tersebut, seperti yang dilaporkan media, ianya adalah refleksi peribadi dia terhadap pengalaman hidup Neymar.

Dia kagum dengan cara Neymar membawakan dirinya di hadapan umum. Selain itu Neymar seorang yang cekal dalam berdepan dengan kritikan dan penghinaan ke atasnya. Ianya mirip kepada dirinya yang selalu dicerca oleh ramai pihak.

Dia berkata: “Cara dia menerima penghinaa, cara dia menjaga hubungan kekeluargaan, dan kekaguman terhadap personaliti yang “bukan mementingkan diri sendiri”.

Buat masa ini Neymar masih belum membuat kenyataan tentang perkara itu.