Ketika ini, umat Islam sedang bersedia membuat persiapan hari raya dan boleh dilihat, beberapa lokasi ‘panas’ untuk membeli-belah dipenuhi dengan orang membeli barangan Aidilfitri di saat akhir.
Selain daripada membeli pakaian baharu, mesti anda mahu menghias rumah untuk memeriahkan lagi suasana Aidilfitri dengan memasang lampu kelip-kelip dan juga pelita.
Baca Juga:
- Berani ‘Pecah Tembok’ Industri Boba Di Malaysia, Ini Nasihat Pengasas Tealive Buat Anak Muda
- Perlu Ke Ambil ‘Personal Insurance’ Jika Tempat Kerja Sudah Sediakan?
- Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, Bapa Salahkan Anak Tak Bagi Duit
Terbaharu, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus menerangkan tentang hukum memasang pelita. Menurutnya, setiap perkara yang tidak dinyatakan tentang suruhan atau larangan daripada Nabi Muhammad SAW, maka ianya bergantung kepada tujuan perkara tersebut dilakukan.
@rasheedinthehouse Apakah hukum pasang pelita raya? #ustazazharidrus #Ramadhan2024
“Kalau pasang pelita raya supaya cerah laluan ke rumah, tak ada masalah.
“Jika mahu menceriakan suasana dan melihat rumah cantik, hukumnya harus.
“Kalau tujuannya tengok orang kafir buat dan nak ikut, itu haram.” ujar Ustaz Azhar Idrus.
Maka, jika anda mahu memasang pelita, pastikan niat anda. Semoga perkongsian ini menjawab persoalan anda.