Tindakan regim Israel mengebom tempat-tempat awam di Gaza pada ketika ini telah menimbulkan amarah di kalangan umat Islam. Jadi, ada segelintir netizen mula menyuarakan persoalan mengapa tiada pihak menyantau Perdana Menteri negara haram itu.

Kata mereka lagi, mungkin dengan cara ”halus itu dapat menyelesaikan konflik tersebur dengan lebih cepat. Hal ini sekaligus dapat menyelamatkan nyawa rakyat di negara Palestin.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Baru-baru ini, soalan yang sama turut diajukan kepada pendakwah agama, Ustaz Azhar Idrus yang berpandangan perbuatan itu adalah tidak wajar dilakukan.

“Dalam peperangan, tak boleh melampaui batas. Tak boleh melakukan perkara yang haram. Contohnya, menelanjangkan musuh. Tak boleh. Walaupun dia bunuh kita, menelanjangkan dia? Tak boleh kerana aurat. Hukumnya haram.

“Selain daripada itu boleh, iaitu menembak mati, tikam mati boleh menghilangkan nyawa. Tetapi menelanjangkan dia adalah haram kerana itu bukan keperluan dalam berperang.

“Menembak, meletup, tembak dengan peluru berpandu, buang bom, itu diperlukan dalam peperangan.

“Dalam peperangan dengan Israel, mereka telah membunuh orang awam. Sedangkan dalam peperangan adalah haram membunuh orang awam. Tetapi oleh kerana Israel buat, maka kita dibolehkan buat.

“Dalil Allah kata, barang siapa yang melampaui batas terhadap kami, maka kamu boleh melampaui batas sama seperti yang dibuat ke atas kamu,” katanya lagi.

Bagaimanapun dalam bab sihir, orang ramai dinasihatkan untuk tidak berbuat sedemikian. Sebaliknya, boleh melakukan solat hajat dan berdoa.

“Tapi dalam bab sihir, tak boleh. Santau ini sihir. Orang sihir kita, kita balas dengan sihir, tak boleh. Dia sihir, kita cari tukang sihir, tak boleh. Yang boleh, kita balikkan sihir dia itu sendiri.

“Kita tidak guna sihir, kita kena solat hajat, guna doa agar sihir dia itu kembali kepada diri dia sendiri,” jelasnya dengan lanjut di dalam video itu.

@izinberbagi7

Hukum kalau kita santau Perdana Menteri Israel #ceramahpendek #ceramahlucu #ceramahagama #ceramahsingkat #ustazazharidrus

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Sebagai orang yang beriman, tiada senjata yang lebih ampuh selain berdoa dan melakukan solat hajat untuk meminta pertolongan Allah S.W.T. Malah, perbuatan sihir itu sendiri sudah dikira melanggar hukum syarak kerana menduakan Allah S.W.T dengan mahluk lain.

Sumber