Drama bersiri Surat dari Tuhan arahan Pali Yahya, dibintangi oleh pelakon handal seperti Shukri Yahya, Janna Nick, dan Ummi Nazera telah pun ditayangkan pada malam tadi di dalam slot Samarinda.

Walaupun baru sehari sahaja ditayangkan di TV, drama ini telah dikecam teruk oleh netizen kerana menggunakan dialog yang menyentuh berkaitan makam Rasulullah.

Baca Juga:

Malah, Ustazah Asma’ Harun turut berasa kecewa dengan dialog menerusi beberapa klip-klip babak yang dipertontonkan menerusi promo drama terbabit yang tular di media sosial.

Penggambaran beberapa babak dalam drama ini juga disahkan memang dilakukan di Makkah. Namun begitu, beberapa dialog yang dipertuturkan oleh pelakon Janna Nick disifatkan seperti tidak menghormati Tanah Suci, Mekah dan juga Rasul tercinta.

“Lakonan tersebut dibuat di Tanah Suci di hotel nampak latak belakang Masjid Nabawi. Saya terkejut macam mana boleh terfikir nak buat skrip macam ni, menggunakan makam Nabi.

“Walaupun dia tak bersumpah, tidak wajar itu perkataan itu dijadikan sebagai dialog. Sedangkan kita diajar jaga lidah, jaga akhlak dan perbuatan ketika di Tanah Suci.

“Mana etika berlakon babak di Tanah Suci dan tak berasa salah ke masa nak merakam babak in?

“ Tempat yang paling suci dan indah seluruh umat manusia yang dambakan pergi, kenapa nak masukkan dialog seperti ini? Sedangkan nak berkata-kata baik pun kita tak mampu nak ucap depan Makam Rasulullah,” katanya dengan tegas.

Tambah Ustazah Asma’ sekiranya lokasi tersebut bukannya di Tanah Suci sekalipun, dialog tersebut juga tidak wajar dipertuturkan. Beliau juga menegur pihak produksi supaya meneliti dahulu drama tersebut sebelum ditayangkan supaya sensitiviti umat Islam terjamin.

@izamuhamad_lerve

Teguran kasih sayang dari ustazah dan kami #dramatv3 #suratdarituhan #tv3

♬ bunyi asal – Iza Muhamad – Iza Muhamad

Babak lain yang turut dikecam netizen adalah apabila babak di dalam bas sewaktu seorang ustaz sedang memberikan tazkirah dan penerangan. Watak Misha (Janna Nick) memarahi ustaz supaya mempercepatkan perjalanan dan turut mengutuk tempat yang dilalui berbau busuk.

Susulan itu, netizen mula mempersoalkan tindakan penulis skrip yang seolah tidak mengkaji terlebih dahulu skrip yang dibuat tanpa memikirkan beberapa sensitiviti umat Islam. Bahkan, netizen turut memetik nama Finas dan juga stesen televisyen yang bertindak meluluskan drama tersebut.

Sumber