Industri pengangkutan udara moden semakin mendapat perhatian ramai pihak, termasuklah NASA yang baru-baru ini telah memandu uji sebuah teksi udara yang bakal menjadi pengangkutan pilihan pada masa akan datang.
Baru-baru ini Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya menghasilkan satu dron kargo bersaiz besar pertama di Malaysia dikenali sebagai C-Drone.
Semasa percubaan rekod penerbangan hovering ini, C-Drone telah berjaya terbang dengan membawa beban kargo seberat 200kg, sekaligus berjaya mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records bagi kategori ‘Beban terberat yang boleh diangkat oleh sesebuah dron.’
Pembangunan dron kargo ini memakan masa kurang dua tahun ini dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik UTHM yang mempunyai pelbagai latar belakang bidang kepakaran. Mereka turut dibantu oleh sekumpulan pelajar dan penasihat pakar daripada universiti tempatan dan pihak industri.

Menurut Ketua Projek, Profesor Madya Dr. Zamri Omar prototaip C-Drone ini telah direka bentuk, dibina dan diuji terbang di UTHM.
“Bermula dengan aktiviti analisis dan reka bentuk, simulasi, fabrikasi komponen, pemasangan, integrasi sistem dan pengujian terbang, semuanya telah dilaksanakan di dalam fasiliti makmal projek C-Drone yang berlokasi di kampus induk,” terang beliau.
C-Drone mempunyai panjang serta lebar kira-kira 5 meter, 2 meter tinggi, dikuasakan dengan bateri dan berat kasarnya pula sekitar 400kg. Model dron ini dikenali sebagai Multirotor Vertical Takeoff and Landing (VTOL).

Pada masa yang sama, projek pembinaan dron ini dibuat bagi membuktikan konsep reka bentuk dan sistem dron kargo besar ini boleh dibina dan ianyanya mampu beroperasi dengan baik.
“Dana projek C-Drone ini diperolehi daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan sebahagian daripadanya dibiayai oleh pihak UTHM sendiri,” jelas Profesor Madya Dr. Zamri Omar.
Pihak UTHM berharap kejayaan ujian awal prototaip dron kargo ini dapat menjadi motivasi dan membuka ruang bagi universiti dan pihak industri yang berminat untuk berkerjasama dalam mengembangkan potensi dron ini kepada pengunaan komersial pada masa akan datang.
Selain berkhidmat sebagai pemandu bas dan van jenazah di di Universiti Malaysia Pahang (UMP), lelaki ini mampu hasilkan dron bernilai RM60,000 buat pelanggannya. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.
Di Sebalik Kerjaya Pemandu Van Jenazah, Lelaki Ini Turut Hasilkan Dron Berharga RM60,000
Tawar Perkhidmatan Guna Dron Bantu Pesawah, Lelaki Ini Raih Pendapatan RM5,000 Sebulan
Raih RM50,000 Hasil Penjualan, Wanita Ini Dakwa Jual Pokok Lebih ‘Untung’ Daripada Beli Emas