Ketegangan antara Fede Valverde dan Aurelien Tchouameni di Real Madrid semakin memuncak! Selepas insiden semalam, laporan dari Madrid Xtra dan Marca mengesahkan pertelingkahan mereka berulang lagi hari ini.
Kelmarin kedua duanya terlibat dalam pergaduhan yang agak teruk melibatkan fizikal. Dan kemudian mereka dileraikan.
Hari semalam, Tchouameni cuba menghulurkan salam, Valverde enggan, menandakan rasa tidak puas hati yang masih membara.
Keadaan bertukar serius apabila kedua-duanya bertumbuk dan terpaksa dileraikan oleh rakan sepasukan. Akibat insiden ini, Valverde dikejarkan ke hospital untuk menerima jahitan.
Susulan kejadian itu, Real Madrid mengesahkan bahawa Fede Valverde mengalami kecederaan trauma di otak akibat gegaran.
Real Madrid menulis: “Selepas ujian yang dijalankan hari ini ke atas pemain kami, Fede Valverde oleh pasukan perubatan Real Madrid, beliau telah didiagnosis mengalami trauma kranioensefalik (kecederaan pada kepala/otak akibat hentakan).
“Valverde kini berada di rumah dalam keadaan baik dan perlu berehat antara 10 hingga 14 hari, seperti yang ditetapkan dalam protokol perubatan bagi diagnosis ini.”
Punca pergaduhan pusingan kedua yang lebih teruk itu adalah kerana Valverde enggan berdamai dengan Tchouameni selepas dia percaya apa yang berlaku hari sebelumnya telah dibocorkan kepada umum oleh kem Tchouameni.
Diario Sport kemudian mengemaskini informasi lanjut pergaduhan tersebut. Di mmana menurut laporan, kedua dua pemain benar benar marah.
Arbeloa berada di tempat kejadian namun pengurus itu tidak masuk campur.
Berita pergaduhan 2 pemain ini menyusul selepas kontroversi melibatkan Rudiger yang kurang disenangi beberapa pemain Real Madrid kerana terlalu kasar dengan Carreras.
Di luar lapangan pula, Mbappe menerima kritikan hebat pemminat kerana bercuti bersama teman wanitanya, ketika dia sedang dalam proses pemulihan kecederaan.
Berbalik kepada cerita Valverde dengan Tchouameni, kelab sedia mengambil tindakan ke atas mereka, termasuk penggantungan. Kedua dua pemain dijangka tidak akan turun beraksi pada el clasico akan datang.