Selepas koleksi ulang tahun ke-90 Mickey Mouse untuk Vault bulan lalu, Vans sekali lagi tampil dengan koleksi khas bersama Disney.
Kali ini ianya bukan hanya sekadar kasut, tetapi turut merangkumi baju, jaket, topi dan juga beg. Koleksi ini akan mengambil inspirasi daripada siri kartun Mickey Mouse sejak tahun 1920-an sehinggalah yang terkini.
Yang menjadi perhatian dalam koleksi ini adalah model Sk-8 High berwarna biru yang dihiasi rekaan bulan dan bintang. Ada beberapa rekaan yang akan turut hadir dengan set baju dan beg mengikut tema yang dipamerkan pada kasut.
Koleksi Vans ini akan mula dijual di Vans Malaysia bermula 5 October ini. Bagi kami, model Authentic dengan tema warna Mickey Mouse dan Sk-8 Hi ‘Fantasia’ adalah yang paling win. Model mana pula yang bakal menjadi pilihan anda?