Nampaknya rekaan ‘Patchwork’ semakin mendapat sambutan dan Januari ini, Vans melancarkan koleksi Patchwork yang lebih meriah dan striking.

2 model boleh dipilih daripada koleksi ini iaitu Era dan Slip-On. Setiap panel berwarna diperbuat daripada gabungan material yang berbeza (kanvas, kulit dan suede) menjadikan model ini lebih unik dan berlainan dengan kasut Vans yang sedia ada di pasaran.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Menurut laman Instagram Vans Malaysia, koleksi ini sudah boleh didapati di butik Vans di serata Malaysia dengan harga RM299. Model mana satu yang menjadi pilihan anda?