Sejak tahun lalu lagi Vans sangat agresif dalam menaikkan kembali model retro yang pernah dihasilkan pada tahun 80an dan 90an. Untuk permulaan tahun 2019, model retro Style 73 dihasilkan semula berdasarkan rekaan made-in-USA di Anaheim Factory satu ketika dahulu.
Disebabkan model di bawah koleksi Anaheim Factory, material yang lebih tahan lasak digunakan untuk menghasilkan koleksi ini. Apa yang membezakan model ini dengan model Vans sedia ada adalah Jazz Stripe ikonik Vans digantikan dengan logo ‘V’ di bahagian sisi, tambahan panel di bahagian depan serta logo retro Vans di bahagian lidah.
Koleksi ini turut hadir dengan teknologi UltraCush untuk keselesaan dengan 3 pilihan warna iaitu merah, hitam dan biru muda. Model ini juga sudah boleh dibeli di butik Vans Malaysia. Nampak di dalam gambar sudah cantik, bila disarung di kaki pasti lebih cantik.